Alasan Muhyiddin pasai apa Jalur Gemilang tak boleh di tukar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 19, 2011

Alasan Muhyiddin pasai apa Jalur Gemilang tak boleh di tukar

mStar melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Hasrat pakatan pembangkang untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu juga menunjukkan pakatan pembangkang terutamanya DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan Barisan Nasional (BN) sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar.

"Kita tahulah, itu niat Pakatan Rakyat, segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang. Itu bendera, mungkin banyak lagi mereka nak lakukan, tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa, mudah-mudahan mereka tidak berkuasa.

"Jadi, tidak ada sesuatu penghormatan kepada sejarah dan penghargaan kepada apa yang sudah menjadi kepunyaan rakyat Malaysia tidak dihargai langsung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad. - mStar.  
Macam tu ja alasan yang boleh Muhyiddin bagi?
 
Warisan apanya macam tu. Langsung tak membanggakan ada warisan bendera macam tu.

Aku langsung tak berniat nak perkecilkan draftman yang design bendera tu. Lagi pun kalau tak silap aku, design bendera tu dipilih selepas di buat pertandingan mencipta bendera.

Jadinya yang patut dipersoal adalah orang atau sekumpulan orang yang pilih design sebagai bendera rasmi negara. Apa bangang gantikan bendera Union Jack dengan bendera yang macam bendera merdeka. Lepas dah merdeka dari dinaungi British dibayangi pulak oleh Amerika.

Lagi satunya, pasai apa la Muhyiddin pun nak jadi bangang macam Manoharan. Apa kaitannya bendera Malaysia dengan apa yang Barisan Nasional buat selama ni. Tau la bendera BN dekat nak sama dengan Jalur Gemilang tapi apa takdak kaitan langsung antara bendera Malaysia dengan apa yang BN buat selama ni.

Satu lagi, apa masalahnya kalau nak tukar pun. Pakatan Rakyat bukannya nak tukar semua benda. Tapi kalau semua benda memang dah teruk, tak kena dan tak sesuai apa salahnya ditukar dengan benda yang lebih elok dan lebih sesuai. Takkan atas sebab warisan semua benda nak dikekalkan.

Contohnya macam Penjara Pudu dan Kem Sungai besi, lebih patut dikekalkan, tapi takdak dengar pulak Muhyiddin cakap pasai warisan bila tembok Penjara Pudu dirobohkanhari tu, takdak pulak Muhyiddin berbunyi pasai warisan bila tanah kem sungan besi nak diserahkan kepada cukong yang bela umno BN selama ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...