Lokloq sungguh Malaysia, darurat hampir 50 tahun. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 16, 2011

Lokloq sungguh Malaysia, darurat hampir 50 tahun.

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membawa usul kepada Parlimen supaya tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dahulu dan dianggap masih berkuatkuasa sehingga kini ditamatkan.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul di bawah Fasal 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu adalah selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya.

"Sebagai yang ramai maklum, bahawa kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964 yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini.

"Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya di mana pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat.

"Maka kerajaan kini di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan akan membentangkan kepada kedua-dua majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya," katanya ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam Khamis. - mStar.
Rupa-rupanya selama ni Malaysia masiih dalam keadaan darurat.

Juga dilaporkan:
Sejak kemerdekaan sehingga kini, sebanyak empat Proklamasi Darurat telah diisytiharkan iaitu Proklamasi Darurat pada 3 Sept 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 Sept 1969 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 Nov 1977 di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya Proklamasi Darurat 1964 terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat pada 1969 seperti yang diputuskan oleh Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh lwn Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50.

Proklamasi Darurat 1969 bagaimanapun masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969.

Menurutnya, Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat atau terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang mengungkai proklamasi atau ordinan itu. - Ibid.
Rupa-rupanya darurat pasai insidem 13 Mei 1969 masih lagi berkuatkuasa. Jadinya memang tak salah la kalau polis boleh buat sesuka hati, halang ceramah ikut suka depa, tahan orang ikut suka depa, malah ada yang sampai tembak orang awam ikut sukan depa. Pasanya masa darurat memang pun polis diberi kuasa macam tu.

Memang loklaq sungguh la Malaysia ni, darurat sampai 42 tahun.

Yang herannya darurat pasai komunis pun tak dibatalkan lagi walaupun perjanjian damai dengan komunis dah dicapai pada tahun 1989. Pasai tu la kut, sampai la ni ancaman komunis tak habih-habih lagi, sampai mat Sabu pun depa kata komunis.

Yang aku herannya, pasai apa Dr. Mahathir yang dikatakan Perdana Menteri yang paling hebat dulu langsung tak buat apa-apa pasai peristiharan darurat ni.

Nasib baik la reputasi Najib sekarang ni jatuh teruk dan dia gunakan keadaan lokloq ni untuk naikkan balik imej dia. Kalau tak mungkin Malaysia akan terus jadi negara darurat

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...