Setakat yang aku baca takdak langsung blogger Umno yang seronok dengan pengumuman Najib tu. Memang patut pun pasainya depa semua tu memang penyokong tegar undang-undang ISA yang zalim tu.
Depa memang setuju sangat kalau operasi lalang dibuat lagi untuk pastikan kuasa Umno BN tak tergugat. Macam isu Mat Sabu yang timbulkan pasai cerita Mat Indera versi baru tu pun, ramai blogger Umno yang cadangkan Mat Sabu dikenakan ISA.
Bloger GAP paling lantang mempertikaikan tindakan Najib tu. Katanya rakyat bagi mandat kepada Umno BN selama ni sebenarnya bersetuju dengan undang-undang ISA. Dia tulis kalau rakyat tolak undang-undang ISA dah lama Umno BN bungkuih.
Pada dia Najib telah membelakangkan rakyat yang menyokong Umno BN masa PRU lepas yang memang menyokong undang-undang ISA tu. Dia mempersoalkan slogan Najib "Rakyat Didahulukan..."
Lantang dia pun takat tu saja la... takdak la sampai tahap maki hamun Najib. mampuih depa tak berani.
Blogger Papagomo yang katanya dibayar RM38,000.00 sebulan pulak cuma komen pendek. Dia pun tak setuju dengan pengumuman Najib tu dan anggap ISA masih relevan di Malaysia macam Singapura yang masih mengekalkan undang-undang ISA.
Blogger TaipingMali pulak tulis "Najib Razak telah menggemparkan tanah air dengan ucapan berani mati beliau sempena Hari Malaysia esok." Panjang dia tulis tapi langsung tak tulis dia sokong atau tak. Tapi dia tulis "Justeru, jangan risau dan jangan melatah, tarik nafas panjang-panjang dan cuba berfikir secara positif."
Maknanya dia tak sokong la tu. Nak belasah tak berani kut, takut elaun sebagai blogger kena sekat pasai Zambry dah buat kenyataan sokong Najib hapuskan undang-undang ISA tu macam yang dilaporkan dalam Peraktoday yang katanya Taiping Mali jugak yang kendalikan.
Blogger Panglima Perang Siber pun nampak macam tak sokong jugak. Tapi sama macam TaipingMali, malu-malu nak belasah Najib. Dia cuma tulis "PM terlalu berani menghapuskan akta-akta seperti ISA dan terlalu tinggi risiko yang diambil oleh beliau semalam."
Blogger penchachai pandy kutty Umno Parpukari yang sensasi dengan gambar dia bersama gelas arak tu lagi best, langsung tak berani nak komen. Dia cuma salin tampal komen blogger Umno lain. Siap mintak komen penjunjung blog dia lagi, tapi setakat yang aku tengok belum ada komen yang dia lepaskan 4 komen, tu pun takdak komen yang belasah Najib.
Tu antara beberapa blogger top penchachai Umno yang aku yakin umno dibayar depa mahal. Kesimpulannya, depa semua tu sangat tak setuju Najib buat keputusan nak hapuskan undang-undang ISA. Tapi nak belasah Najib sungguh-sungguh tak berani, miss soru nanti.
Persoalannya, mungkinkah depa-depa ni akan sokong gerakan Muhyiddin nak jatuhkan Najib. Aku yakin kempen manager jentera Muhyiddin sanggup bayar depa, depa tentu terima punya. Masa tu hangpa tengok la berdesup-desup depa belasah Najib.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis