DAP marah dengan jaminan PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 11, 2011

DAP marah dengan jaminan PAS?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13.

Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha agung (gambar) itu mengatakan demikian ketika menjawab kebimbangan majoriti ahli parti Melayu Islam pada konvensyen di sini di sebalik kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pendaftarannya belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Saya boleh memberi anda jaminan bahawa perdana menteri semestinya seorang yang beragama Islam dan semoga timbalan perdana menteri juga seorang beragama Islam," kata beliau.

"Imam (perdana menteri), Insya-Allah, selamat," kata Mustafa pada Konvensyen Negara Berkebajikan di Taman Melewar, Gombak dekat sini semalam. Input mengenai konsep itu akan dijadikan kandungan manifesto pilihan raya umum ke-13.

Seorang perwakilan yang menghadiri konvensyen sehari itu mengemukakan persoalan, "dalam Pakatan Rakyat, siapa imam? Macam di BN, imamnya ialah dari Umno... Kalau tak tentu imam, plan B pula macam mana? - TMI.
Tentu punya ada orang DAP yang tak puas hati terutamanya kalau calon DAP menang jauh lebih banyak dari calon PAS dan PKR. Kalau dari segi logiknya memang patut depa dapat jawatan PM atau sekurang-kurangnya TPM pasai depa yang menang kerusi paling banyak. Malah jaminan dari PAS ni pun tentu ada yang tak puas hati.

Cumanya aku yakin, orang cina dalam DAP boleh terima keputusan tu. Sejarah di Perak masa lepas PRU2008 dah membuktikannya. Memang dari awal lagi DAP memang sedar situasi tu dan depa memang tak mintak pun jawatan MB walaupun DAP yang menang paling banyak kerusi. Yang kemaruk sangat nak jawatan MB tu calon melayu PKR.

Malah aku yakin, kalau masa tu DAP ada letakkan calon melayu dan menang pun, calon tu takkan terpilih jadi MB. Aku yakin kalau itu keadaan masa tu, sejarah politik di Perak tentu jadi macam lain pasai aku yakin PAS Perak takkan bersetuju dengan calon MB dari kalangan DAP. Lagi pun masa tu Pakatan Rakyat bukannya ada lagi, yang ada pun cuma Barisan Alternatif dengan 'kerjasama longgar' PAS dan DAP.

Kalau jadi macam tu di peringkat parlimen masa PRU13 nanti yang akan jelas nampak tak puas hatinya adalah Umno. Walau sapa pun yang akan dilantik jadi PM dan TPM, Umnolah yang akan paling riuh sekali. Macam masa kes Perak dulu, aku yakin depa pun akan mainkan isu yang sama, DAP memperkudakan PM dan TPM.

Apa pun, jaminan macam ni sangat penting untuk memudahkan PAS tarik sokongan orang melayu kepada PR terutama sekali orang melayu yang dah lama bagi undi kepada Umno atas hujjah 'nak jaga kepentingan melayu.' Puak-puak ni takut sungguh kalau cina DAP jadi PM atau TPM. Depa takut depa semua akan jadi hamba.

Apa pun, aku yakin kalaupun mungkin yang akan dilantik jadi TPM tu cina muallaf, orang melayu dapat terima pasai majoriti cina yang masuk Islam memang nampak macam masuk melayu. Malah cukup ramai yang jadi melayu lebih dari melayu sendiri.

Aku sebenarnya tak risau sangat pasai sapa yang jadi PM atau TPM tapi aku lebih risau apa yang Umno dan para pencacai 'si anjing Umno' akan buat kalau BN kalah PRU13 nanti. Takkan depa nak biar macam tu saja. Dan tak mustahil masa tu puak-puak pencacai Umno pulak yang akan bertukar menjadi 'pengganas' malah mungkin lebih ganas dari komunis yang depa panggil pengganas.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...