Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan.Macam yang aku jangkakan sebelum ni, memang sah Sabah dan Sarawak akan tetap raya sama hari dengan semenanjung walaupun dari segi hisabnya sepatutnya Sabak dan Sarawak kena raya lewat sehari.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya.
Negara Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung.
"Penetapan bermulanya Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia," katanya.
Othman yang juga pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam berkata di negara ini, penentuan Syawal adalah melalui cawangan Falak dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukya (kebolehnampakan). - Mkini.
Bagi yang tak faham macamana tiba-tiba boleh timbul cerita Sabah dan Sarawak raya tak sama dengan semenanjung, boleh baca apa yang aku tulis kat sini.
Kalau baca apa yang Ahli Falak Syarie, Ustaz Tuan Hj Mohd Fauzi Tahir terangkan macam yang aku salin tampal dalam posting aku tu, dan dibandingkan dengan jawapan yang Ketua Pengarah Jakim ni bagi, aku lebih selesa untuk ikut Ust Fauzi, hujjah dia siap dengan pengiraan dan gambarajah yang jelas.
Berbanding dengan ketua Pengarah jakim ni yang sibuk nak tekankan sapa yang berkuasa. Siap sebut "tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia." Padahal sefaham aku tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam hal ni tak lebih dari sekadar tukang bagitau, tukang buat pengemuman.
Kalau dalam PAS, jenis yang gila kuasa macam tu, depa selalu guna istilah "bulan sapa besar bulan sapa kecik." Mentang-mentang la PAS guna simbol bulan purnama, tapi itu cerita lain.
Aku takmau nak sembang bab hukum pasai aku orang jahil. Cumanya kalau ikut logik akal aku, raya ka dak tu bergantung sangat kepada nampak ka dak anak bulan, tak kira la melalui rukyah atau hisab. Tapi kalau dah anak bulan pun tak timbul lagi, dah sah-sah la tak nampak. Kalau dah sah-sah memang tak boleh nampak macamana pulak depa boleh nak bagi raya jugak?
Nak takwil kot mana lagi? Tak faham aku.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis