Aku jumpa maklumat ni dalam blog Aris Awang:
Kebiasaannya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi, maka riuh rendahlah umat Islam kerana tidak mengerti.... ada yang berkata "Raya pun umat Islam tak boleh bersatu".Untuk maklumat selanjutnay boleh baca di blog Aris Awang.
Lebih mengejutkan, pada tahun ni 1432H Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri.
Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak.
Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa)
Manakala di Berunai, Sabah danSarawak, Filifina dan Sulawesi akan beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman. - ArisAwang.
Bawah ni slideshow yang dibuat oleh Ahli Falak Syarie, Ustaz Tuan Hj Mohd Fauzi Tahir, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Serai mengikut kiraan ilmu Falak (Astronomi) yang ArisAwang convert dalam bentuk video.
Untuk tentukan tarikh Raya ni Malaysia memang dah lama guna kaedah Rukyah dan Hisab, maknanya bukan setakat tengok anak bulan tapi juga berdasarkan perkiraan. Sebenarnya nak tetapkan tarikh bila nak tengok anak bulan pun nak kena buat pengiraan jugak.
Memang dah lama dah tak pernah jadi tarikh hari raya tak sama dengan tarikh yang tercatat dalam kalendar. Masa aku kecik-kecik dulu pernah la tarikh tak sama.
Kat Perak memang pernah terjadi sekali dulu, tarikh raya tak sama dengan negeri-negeri lain, masa tu kalau tak silap Sultan Idris jadi Sultan Perak. Sekali tu ja la Perak raya awal dari negeri-negeri lain.
Apa pun, kita tunggu apa komen pihak yang berkenaan dalam hal ni dan aku tak fikir Sabah dan Sarawak akan berhari raya tak sama hari dengan semenanjung.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis