PR patut tubuhkan jawatankuasa khas himpun bukti dan saksi macam ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 13, 2011

PR patut tubuhkan jawatankuasa khas himpun bukti dan saksi macam ni

Harakahdaily melaporkan:  
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
 
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth. - Hrkh.
Aku tabik bekas komando sorang ni pasai walaupun memang diakui bekas tentera memang berani tapi tak ramai yang berani tampil dedahkan kerja-kerja CELAKA macam tu. Memang ada sebelum ni tapi tak banyak yang berani tampil buat pendedahan secara terbuka macam bekas komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar ni, yang lain-lain lebih kepada cakap-cakap kedai kopi saja.

Mungkin elok kalau Pakatan Rakyat tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk kumpul bukti dan saksi kerja-kerja CELAKA berkenaan perjalanan undi pos ni untuk tindakan selanjutnya. Kalau boleh buat bagi meriah macam KASE di bawah Mahfuz hari tu.

Apa pun, ada beberapa jawapan yang aku rasa SPR akan bagi untuk counter balik pendedahan bekas komando ni.
  1. Menafikan terus kes tu. SPR boleh senang-senang kata dakwaan tu cuma sekadar dakwaan tapi takdak bukti.
  2. SPR boleh kata taktau pasai kes ni, lagi pun bukan di bawah tanggungjawab SPR pasainya pihak kem yang uruskan semua tu.
  3. Apa-apa jawapan lain yang menyerlahkan betapa BANGANGnya SPR.
Bukan jawapan yang tu yang Pakatan rakyat nak dengar, tapi apa jaminan SPR yang kes macam tu takkan terjadi dan macamana kaedah yang SPR nak buat untuk halang kerja celaka ni dari berlaku.

Macamana nak pastikan sistem undi POS tu betul-betul telus dan bersin dan tak boleh dimanipulasi dan terhalang dari kerja CELAKA macam tu.

SPR kena fikirkan macamana kaedah pengendalian kertas undi pos tu supaya setiap masa boleh dipantau oleh wakil calon yang bertanding atau sekurang-kurangnya wakil parti yang bertanding untuk pastikan takdak sapa boleh buat kerja celaka macam yang bekas komando tu cerita.

Jawapan macam tu yang Pakatan Rakyat nak dengar. Kalau SPR tak boleh ujudkan satu sistem yang boleh  Pakatan Rakyat terima sebagai telus, SPR kena terima cadangan dari Pakatan Rakyat yang pernah sebelum ni mencadangkan supaya hapuskan terus undi pos.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...