KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam isu pembersihan daftar pemilih melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS mahu Agong mengambil tindakan terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.
"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. - Hrkh.
Kalau ikut peraturannya memang Agong ada hak masuk campur. Pasainya anggota SPR tu Agong yang lantik. Dalam Perlembagaan Perkara 114(2) yang jelas bagi tanggungjawab kepada agong untuk lantik anggota SPR yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Dan memang jelas sangat hari ni, tahap kepercayaan awam dengan SPR ni semakin terhakis dengan begitu banyak dibongkar bukti betapa cacamerbanya Daftar Pemilih yang SPR uruskan.
Ditambah pulak dengan aksi terutama sekali Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang berlagak lebih Umno dari Umno, menghentam Pakatan Rakyat. Sedangkan sepatutnya SPR bukan sahaja kena tidak berpihak tapi kena dilihat tak berpihak, barulah ada harapan nak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Jadinya memang sepatutnya pun Agong masuk campur untuk pastikan SPR benar-benar MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Aku tak nampak cara lain untuk kembalikan kepercayaan awam kecuali dengan pecat 2 orang tu dan gantikan dengan tokoh yang boleh dipercayai.
Aku sebenarnya tak yakin Agong akan berani pandai-pandai campur tangan. Pasainya selama ni, semua tindakan Agong adalah dengan nasihat kerajaan. Tambah-tambah selepas kerajaan masa Dr. Mahathir londeh kuasa yang ada pada para sultan, memang para sultan kena ikut nasihat dari kerajaan.
Cumanya, dengan Sultan Mizan ni mungkin lain sikit. Contohnya macam masa panas beberapa hari sebelum himpunan BERSIH 2.0 hari tu, tindakan Sultan Mizan campur tangan nampak macam tak berapa nak selari dengan 'nasihat' kerajaan.
Tak mustahil jugak kali ni, Sultan Mizan akan campur tangan jugak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis