Jom masuk pertandingan khas untuk blogger ni. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 09, 2011

Jom masuk pertandingan khas untuk blogger ni.

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kempen Keceriaan Merdeka dan Kibarkan Jalur Gemilang yang dilancarkan pada 1 Ogos lepas, namun masih ada premis perniagaan dan bangunan komersial yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.
 
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara hari ini mendapati hanya beberapa bangunan dan premis kedai yang berbuat demikian.

Kebanyakan premis di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang menggantungkan Jalur Gemilang merupakan bangunan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Malangnya, premis yang masih belum menyahut kempen Jalur Gemilang adalah bangunan komersial yang terletak di tengah-tengah ibu negara, yang mana menjadi tempat tumpuan pelancong. - Bernama.
Sempena bulan kemerdekaan ni aku nak ajak semua blogger tak kira belah belah PR ataupun pandy kutty Umno BN, jom sama-sama kita hias blog kita dengan jalur gemilang.
 
Hangpa nak hias macamana hangpa punya suka, ikut hangpa punya kreativiti. Kalau tak berapa nak kreatif macam aku, tiru stail blog aku punya cara hias pun takpa, keep simple, janji ada semangat jalur gemilang.

Kalau hangpa rasa cara hangpa hiaskan blog hangpa patut enang pertandingan, hangpa boleh hantar penyertaan kat satu pertandingan kat sini. Hadiah wang tunai RM7,500.00 tu, kalah gaji sebulan Parpukari aku rasa.

Aku teringin nak masuk jugak, tapi memandangkan MyKad aku yang satu lagi tu belum siap, aku terpaksa tangguh dulu la, kalau siap awal boleh la aku masuk pertandingan tu. Aku baru ni ada mohon MyKad baru dengan nama 'Tebuk Tok Jaya'. Harap-harap diluluskan laa...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...