Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.
"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.
"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.
Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini. - Mkini.
Masalah sangat ka sampai pemimpin Pakatan Rakyat takmau tekan SPR dan Putrajaya dengan himpunan BERS?H 3.0?
Payah sangat aku tengok depa dok cari ayat yang sesuai nak tekan Najib ni. Berdolak dalik nak sokong atau tak mau Jawatan Kuasa Khas tu padahal dah memang terang lagi bersuluh Najib memang tak ikhlas dengan cadangan dia sendiri tu.
Kalau pun Jawatankuasa Khas tu berjalan baik macam yang Pakatan Rakyat nak Najib dah kata dah yang dia tak terikat dengan cadangan Jawatankuasa Khas tu.
Jadinya BANGANG apanya yang masih lagi sibuk berdolak dalik pasai nak sokong ka dak Jawatankuasa Khas tu. Buang masa ja.
Payah sangat ka nak bagi kata dua kat Najib. Masalah sangat ka nak keluarkan ayat contohnya "Kalau SPR tak laksanakan 4 dari tuntutan BERSIH 2.0 tu sebelum Oktober ni kita akan gerakkan rakyat dengan himpunan BERS?H 3.0?"
Tak faham sungguh aku.
Padahalnya semua orang dah nampak dengan jelas macamana kuasa rakyat pada himpunan BERSIH 2.0 hari tu yang buat Najib dan para 'si anjing Umno' mengelijat.
Takkan kut depa tak nampak yang aura himpunan BERSIH 2.0 walaupun hebat tapi belum cukup hebat untuk paksa Najib dan para 'si anjing Umno' tunduk kepada tuntutan rakyat tu.
Kita kena tunjukkan kuasa rakyat yang lebih besar dengan himpunan BERSIH 3.0 dan aku sangat-sangat yakin kalau himpunan BERSIH 3.0 berjalan Umno BN akan terpaksa tunduk kepada tuntutan rakyat tu.
Dan kalau depa tak tunduk, yakinlah yang Umno BN akan tersungkur jugak. Kalau pun mungkin bukan sebab undi masa PRU13 tapi Umno BN akan tersungkur jugak dengan kuasa rakyat selepas PRU13.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis