Apa mimpi tiba-tiba Pengerusi SPR sokong guna dakwat kekal ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 25, 2011

Apa mimpi tiba-tiba Pengerusi SPR sokong guna dakwat kekal ni?

Malaysiakini melaporkan:  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

"Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya.

Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.

"Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya.

Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi. - Mkini.
Sebelum ni berbuih mulut pemimpin Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0  bentangkan macam-macam hujjah nak bagitau yang kaedah biometrik tu tak sesuai. Termasuklah masalah-masalah yang yang mungkin timbul.

Masalahnya mungkin pengerusi SPR ni memang jenis yang langsung tak peduli apa yang pembangkang bagitau. Alasan yang dia bagi tu sama dengan apa yang pemimpin Pakatan Rakyat sebut-sebut sebelum ni.

Yang aku tak fahamnya, apa cerita pulak pengerusi SPR boleh keluar kenyatan macam ni pulak ni. Sebelum ni beriya-iya mempertahankan sistem biometrik tu.  Takkan tiba-tiba ja boleh berubah sampai macam tu sekali

Bukan setakat 'membelasah' penggunaan kaedah biometrik malah sokong pulak penggunaan dakwat kekal.

Aku rasa macam ada sesuatu la....

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...