KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan berkata pihaknya tidak bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 buat masa sekarang, sebaliknya mahu menanti respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan yang telah pun diketengahkan.Aku heran la dengan Ambiga ni, macamana dia masih boleh husnuz dzan dengan Putrajaya padahal dah terang-terang sangat Putrajaya tak layan tuntutan BERSIH 2.0 tu.
Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan, pihaknya mengambil pendirian “tunggu dan lihat” perkembangan terbaru yang akan diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan.
Bersih 2.0 telah mengajurkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, yang disertai ribuan rakyat.
Jelas Ambiga (gambar), pihaknya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan yang disifatkan beliau boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan.
“Kita ambil pendirian tunggu dan lihat yang mana kita mahu SPR dan kerajaan mengambil tindakan yang serius dan melaksanakan lapan tuntutan kita.
“Kita tahu ada desakan yang mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan tapi kita tidak pernah membincangkan perkara itu setakat ini... tiada perbincangan dan keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Walaupun diasak soalan sama berulang kali namun Ambiga tetap mempertahankan pendirian gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Seperti yang saya katakan kita mahu lihat reaksi SPR dan kerajaan terhadap lapan tuntutan kita.
“Sepatutnya semua tuntutan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terutamanya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, rasuah dan akses media,” katanya. - TMI.
Pada aku takdak guna bagi Putrajaya sampai 3 bulan. Lama sangat 3 bulan tu padahal semua orang yakin yang Putrajaya takkan sanggup gunapakai cadangan BERSIH 2.0 tu, walaupun semua orang nampak Putrajaya tertekan dengan kejayaan himpunan BERSIH 2.0 tu.
Untuk apa kita sanggup tunggu lagi 3 bulan padahal kita dah tau apa kesudahannya lepas 3 bulan tu, memang tentu takdak perkembangan positif dari Putrajaya.
Memang nampak melalui komen dan tindakan susulan dari pihak polis dan jugak SPR, depa memang tertekan tapi depa lebih kepada setakat nak membela diri dan lebih kepada nak memperbaiki persepsi. Tak nampak usaha nak baiki keadaan macam yang dituntut BERSIH 2.0
Apa pun, aku tak nampak cara lain untuk merealisasikan pilihanraya yang bersih dan adil kecuali dengan kita teruskan dengan tekanan yang lebih hebat lagi melalui himpunan BERSIH 3.0 pulak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis