Pemuda PAS Pusat nak ajak demo, warm-up untuk BERSIH 3.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 11, 2011

Pemuda PAS Pusat nak ajak demo, warm-up untuk BERSIH 3.0

Harakahdaily melaporkan:
PUTRAJAYA, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.
 
Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.
 
Jabatan Pilihan Raya DPPM hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini.

Beliau menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga gagal memberikan penjelasan, DPPM akan mengadakan perhimpunan aman ke Istana Negara meminta Yang Dipertuan Agong campur tangan. - Hrkh.
Yang ni baru betul tindakan amaran, jelas dan terang.

Bukan macam amaran yang PERKASA selalu bagi. Kata bagi amaran 48 jam tapi lepas 48 jam yang kena amaran buat-buat taktau, yang bagi amaran pun macam tak ingat dia ada bagi amaran 48 jam.

Aku harap DPPM punya amaran tak jadi macam amaran PERKASA, buat malu ja.

Mula-mula bagi amaran kat KDN, bila KDN tak respon akan bagi amaran kat Najib pulak, kalau Najib pun tak respon kita turun ke jalan raya lagi, memang cantik.

Kata nak jumpa Agong tu sebagai simbolik ja, takkan berani Agong nak campurtangan dalam pentadbiran negara. Memang konsep amalan Raja Berpelembagaan ala Malaysia macam tu, Agong cuma jadi ikon ja kat atas tu.

Apa pun, aku yakin KDN akan buat-buat pekak. Najib pun aku tak rasa dia akan layan kalau takat DPPM yang bagi amaran. Jadinya, bersedialah untuk turun ke jalan raya dalam masa yang terdekat ni.

Elok jugak, boleh jadi persediaan atau warm-up untuk himpunan BERSIH 3.0

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...