Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda PAS wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.Kalau baca sekali lalu memang nampak sangat-sangat logik jawapan Setiausaha SPR ni. Memang tak patut pun heran kalau setakat nama sama tapi no MyKad berbeza. Memang ramai macam tu.
Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang.
Bagaimanapun, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama. - Mkini.
Setiausaha SPR ni pun, cepat ja jawap isu yang Shuhaizan dedahkan tu pasai dia yakin ada jawapan yang cukup meyakinkan. Isu yang lain yang Shuhaizan bonkarkan ada yang tak berjawab sampai hari ni, contohnya isu bekas askar mengaku tolong pangkah kertas undi sampai lenguh tangan, pasai apa Setiausaha SPR tak jawab pun.
Memang sungguh nampak logik jawapan Setiausaha SPR tu. Yang nama sama dengan aku pun ramai, ada 24 orang dalam daftar pemilih SPR, sama ejaan, sebijik.
Tapi bila Shuhaizan kata kes yang dia bongkar tu, no MyKad cuma berbeza 2 digit terakhir tu, tu dah kira hampir-hampir ajaib. Memang payah sangat nak jadi kebetulan sampai macam tu. Kalau setakat 3 nama tu saja mungkin la boleh terima sebagai kebetulan lagi tapi bila Shuhaizan kata ada beribu kes macam tu, memang sangat-sangat mencurigakan.
Ok, bagi yang tak perasan lagi, elok aku nak bagi pencerahan.
Macam yang semua tau 6 digit pertama no MyKad tu adalah tarikh lahir penama tu, 2 digit lepas tu adalah kod kelahiran dan 4 digit terakhir adalah nombor rawak.
Kalau sama 6 digit pertama tu maknanya depa tu lahir pada hari bulan dan tahun yang sama. Berapa orang sangat yang lahir pada hari yang sama kat Malaysia ni, ada seribu orang? Mungkin lebih lagi. Tapi memang kebetulan sangat la dari beribu nama, mungkin berjuta mana yang boleh mak bapak pilih depa boleh terpilih nama yang sama, dan kebetulan pulak nama si bapak pun sama. Memang kebarangkalian yang sangat-sangat tinggi nak jadi macam tu.
Kecuali la kalau ada kes special contohnya tarikh lahir bayi tu sama dengan tarikh lahir Dr. Mahathir. Mungkin la kalau si bapak bayi tu nama pun Mohamad dan dia pulak pemuja Dr. Mahathir akan bubuh nama bayi lelaki dia tu Mahathir jugak.
Tapi tara nama Mahathir bin Mohamad yang ada 49 orang dalam daftar pemilih tu pun, takdak yang berkongsi tarikh lahir yang sama 20 Disember. Yang tarikh lahir dan tahun yang sama langsung takdak.
Kita ambil lagi satu contoh, nama yang aku rasa cukup popular, Muhamad bin Abdullah. Dari 623 orang yang bernama Muhamad bin Abdullah yang ada dalam daftar pemilih cuma ada 2 kes yang sama tarikh lahir. 2 orang kongsi tarikh lahir yang sama dan lahir dalam negeri yang sama tapi 4 digit terakhir berbeza. 2 orang lagi cuma kongsi tarikh lahir yang sama tapi 31 Dis 1939 tapi 6 digit seterusnya langsung tak sama.
Macam aku tulis tadi, kalau takat ada 2,3 kes macam contoh yang Shuhaizan bagi tu mungkin betul kebetulan, kalau ada 10, 20 kes pun mungkin boleh la kalau ada yang nak percaya sebagai kebetulan tapi kalau dah ada beribu kes macam tu macam yang Shuhaizan kata, takkan kebetulan jugak.
Pasai tu la, aku berani kata sapa yang percaya alasan yang Setiausaha SPR bagi tu memang BANGANG, kecuali la kalau JPN boleh buktikan yang penama-penama tu memang betul ada beribu-ribu pulak tu.
Jadinya, memang memang sesuai sangat cadangan BERSIH 2.0 supaya dibuat pendaftaran automatik, bukan takat pembersihan yang SPR dakwa sentiasa dibuat tapi masih jugak tak bersih. Masalahnya data yang ada pada JPN pun mencurigakan jugak.
Takdak cara lain dah, melainkan kita tumbangkan Umno BN pada PRU13 nanti. Lepas tu insyaallah pembersihan besar-besaran kita boleh buat dalam semua hal.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis