Isu ni timbul bila dibuat screening ke atas senarai nama dalam Rang Daftar Tambahan suku ke-2 2011 yang dipamirkan untuk semakan dan bantahan bermula 27 Julai hingga 2 Ogos lepas. Kalau tak silap aku mula terbit dalam blog Amenoworld, kemudian dalam blog Perisik Rakyat sebelum disensasikan dalam Malaysiakini.
Nama Mismah ni tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan dengan status "Pendaftaran Baru". Bila disemak no Mykad Mismah ni di laman web Jabatan Pendaftaran Negara didapati Mismah ni adalah pemegang Mykad warna merah iaitu Pemastautin Tetap macam imej kat bawah ni.
Tambah menarik isu ni, bila disemak belah petang 2 Ogos, tak lagi keluar imej MyPR yang warna merah tapi keluar MyKad yang warna biru.
Bukan nama Mismah sorang saja yang ada kod '71' dalam senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke2 2011 yang berstatus "Pendaftaran Baru" yang tiba-tiba 'jadi warganegara' tapi banyak nama lain termasuk nama Rita macam imej kat sebelah ni.
Semakan status IC tu di semak di http://www.jpn.gov.my/semakic/display_myPR.php
Pengarah JPN dalam kenyataan dia mengulas isu ni macam yang dilaporkan utusan bagitau:
"Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Utusan.Pakatan Rakyat payah nak terima penjelasan Ketua Pengarah JPN ni pasai dari track record JPN contohnya macam di Sabah, memang ada kes warga asing dibagi MyKad semata-mata supaya boleh mengundi untuk kalahkan PBS masa tu sampai ada kakitangan JPN yang ditahan di bawah ISA.
Ok, apa pulak yang blogger pandy kutty Umno punya spin dengan isu ni.
Puak-puak pandy kutty tah dari sumber mana depa dapat aku pun taktau, depa kata Pakatan Rakyat kata semua yang ada kod '71' pada MyKad sebagai pendatang asing, pemastautin tetap, pengundi hantu dan yang sewaktu dengannya.
Dari situ depa dakwa ada ramai termasuk 3 pemimpin PKR; Azmin, Saifuddin dan Zuraidah sebagai pendatang asing dan pengundi hantu pasai ada kod '71' pada nombor MyKad depa.
Tah mana depa dapat maklumat mengarut pasai kod '71' tu aku taktau. Sebenarnya kod '71' tu menunjukkan seseorang tu lahir di luar negara. Mungkin ramai yang salah faham sebab dalam laman web JPN sendiri ada dipaparkan banyak 'kod negeri' dan 'kod negara' tapi takdak pulak cerita apa maksud kod '71' ni.
Apa pun, aku yakin 3 pemimpin PKR tu bukan asalnya pendatang asing tapi yang sebenarnya adalah anak kepada warganegara Malaysia tapi depa dilahirkan di luar negara. Memang kalau ikut undang-undang anak kepada warganegara Malaysia tetapi lahir di luar negara berhak jadi warganegara secara automatik dan didaftarkan sebagai warganegara.
Kerja buat blogger pandy kutty Umno BN tu sebenarnya menunjukkan keBANGANGan depa dalam isu 'Mismah Gate' ni. Tapi nak kata apa, kut mana pun depa kena spin isu ni pasai memang depa dibayar untuk buat kerja-kerja spin ni, tak kira la kalau nampak BANGANG pun, yang penting payment masyuk...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis