KUALA LUMPUR: Kabinet pada Rabu memutuskan Jawatankuasa Pemilih Parlimen akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen bagi membincangkan mengenai reformasi pilihan raya.Macam aku tulis semalam, memang tak pasai la Umno BN nak bagi pembangkang yang jadi ketua JK Khas Parlimen tu, nak mampuih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sembilan ahli jawatankuasa berkenaan terdiri daripada liwa wakil Barisan Nasional (BN), pembangkang (3) dan Ahli Parlimen Bebas (1).
Selain itu beliau berkata, usul bagi penubuhan jawatankuasa khas berkenaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) bagi menyediakan rangka kerja secara terperinci mengenai peranan jawatankuasa itu.
"SPR kemudiannya akan sediakan memorandum usul untuk dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober depan bagi membolehkan penubuhan jawatankuasa itu melaksanakan tugas.
"Sekarang ini parti-parti politik sudah boleh tentukan wakil-wakil mereka untuk menganggotai jawatankuasa itu nanti," katanya pada sidang media di Parlimen, Rabu. - mStar.
Dan hari ni, kebinet dah buat keputusan, seorang menteri yang akan jadi ketua jawatankuasa tu mungkin Nazri Aziz la kut pasai depa kata dia menteri yang jaga hal-hal parlimen.
Memang aku dah agak, tentu punya Umno BN akan ada kuasa majoriti dalam jawatankuasa tu, ditambah pulak dengan seorang wakil bebas (yang bebas dari PR dan tentu punya akan sokong Umno BN.)
Aku nak cadangkan kita tolak ja la penubuhan jawatankuasa tu. Buat buang masa ja, takkan sampai ke mana jawatankuasa tu. Aku yakin akhirnya nanti wakil Pakatan Rakyat akan tarik diri dari jawatankuasa tu pasai tak puas hati dengan keputusan jawatankuasa tu yang tentunya akan dikawal dengan ketat oleh Umno BN.
Tapi kalau Pakatan Rakyat nak sambut jugak cadangan Najib tu, aku harap hangpa hantar wakil yang betul-betul power. Sebaiknya hantar 3 pemimpin tertinggi setiap parti, TG HJ Hadi jadi wakil PAS, Lim Kit Siang jadi wakil DAP dan Anwar jadi wakil PKR. Kalau 3 orang ni jadi wakil mungkin kut akan ada kesan kalau Pakatan Rakyat setuju nak sertai jawatankuasa tu.
Pasainya, dari satu sudut, itu akan menunjukkan yang Pakatan Rakyat cukup-cukup serius dengan masalah pilihanraya. Aku yakin Umno BN akan ambik serius jawatankuasa tu kalau 3 pimpinan utama tu yang jadi wakil.
Dan dari sudut lain pulak, bila 3 orang pimpinan utama duduk dalam jawatankuasa tu, semua jentera parti masing-masing akan terlibat secara tak langsung dengan jawatankuasa ni. Dah tentu la semua pihak akan bagi maklumat dan khidmat nasihat secukupnya untuk 3 pimpinan utama tu. Baru aura jawatankuasa tu akan merata.
Apa pun, aku lebih setuju kalau Pakatan Rakyat tolak cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen tu, cari la alasan apa pun pasainya jawatankuasa tu cuma untuk jadi alasan kata Umno BN memang nakkan pilihanraya yang bersih, padahal jawatankuasa tu pun aku rasa akhirnya jadi tak bersih.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis