2 penama orang Pt Buntar ni tolong tampil perkenalkan diri! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 19, 2011

2 penama orang Pt Buntar ni tolong tampil perkenalkan diri!

Semalam siap masuk TV 2 orang ahli Umno yang depa kata Shuhaizan tuduh depa pengundi hantu. Depa 2 orang tu katanya nak saman Shuhaizan dan Pemuda PAS sebab rasa dimalukan kut.

Hari ni Shuhaizan dedahkan lagi 5 nama yang meragukan yang agak pelik. Dia mintak tolong 5 penama tampil jugak kalau memang betul depa ujud.
"Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini.
Macam yang aku tulis sebelum ni di sini, aku baru buat satu senarai dan aku baru nak mula semak. Baru mula semak pun dah jumpa. Aku ingat kut belah orang ja yang jadi macam tu, rupa-rupanya yang dalam Daftar Pemilih yang aku jaga pun ada jugak.

Aku malas nak tuduh apa-apa, kalau kena saman nanti payah. Jadinya aku nak mintak 2 penama macam kat bawah ni tolong tampil, kalau takdak sapa mengaku dan jentera di lokaliti pun tak kenai, 2 nama ni akan dimasukkan dalam cula 'pengundi hantu'



Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau jenis cula 'pengundi hantu' ni keluar mengundi masa PRU13 nanti, apa yang akan terjadi bergantung laa... harap-harap takdak sampai bertimpas...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa Dok ada 239 nama nak kena semak ni, huh.... malam satgi la aku sambung pulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...