Perebutan kerusi di Negeri Sembilan dah mula hangat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 29, 2011

Perebutan kerusi di Negeri Sembilan dah mula hangat

Free Malaysia Today melaporkan:
PETALING JAYA: Hubungan antara PAS dan PKR di Negeri Sembilan semakin tegang kerana mereka berunding kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.
 
Kebanyakan daripada perebutan melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri kerana kerusi Parlimen sudah tersebar sama rata di kalangan tiga sekutu Pakatan Rakyat.

Baik PAS mahupun PKR tidak membantah DAP bertanding di 11 kawasan pilihan raya negeri yang sama bertanding dalam pilihan raya lepas. Ini kerana semua kerusi tersebut majoriti pengundi Cina dan DAP memenangi semua kecuali satu pada tahun 2008.

Sumber berkata PAS amat berminat kerusi Labu dan Ampangan. Pada pilihan raya lepas, PKR kalah di Labu, tetapi menang di Ampangan.

Rundingan ini adalah ujian getir untuk Mohd Taufek Abdul Ghani, yang bulan lepas dilantik menggantikan Zulkefly Mohd Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan. - FMT (terjemahan)
Kehangatan perebutan kerusi di Negeri Sembilan dah pun bermula. Kira ok la tu.

Aku bukan kata ok pasai depa berebut kerusi tapi pada aku kira ok la pasai depa dah mula berebut sekarang. Bila dah panas macam tu, aku yakin pucuk pimpinan di peringkat pusat akan ambil serius masalah ni.

Bila di peringkat negeri pun tak boleh selesai, memang patut sangat peringkat pusat campur tangan. Dan aku harap perebutan kerusi ni boleh selesai segera.

Cumanya macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku harap pimpinan di peringkat pusat jangan sekali-kali gunakan kuasa veto untuk putuskan sapa yang akan bertanding di kerusi yang direbutkan tu. Maksud aku, pimpinan peringkat pusat kena libatkan sama pimpinan di peringkat negeri dan Dun dalam perbincangan seterusnya. Biar semua pihak dibagi peluang bentangkan hujjah masing-masing. Lepas tu sama-sama buat keputusan.

Lagi satu, aku harap, bila dah berlaku perbincangan yang melibatkan semua pihak tu, semua pihak kena berbincang dengan hati yang terbuka. Kepala panas takap tapi hati kena terbuka. Biar sampai tumbuk meja pun takpa tapi akhirnya bila keputusan dah dibuat bersama kena la terima dengan hati yang terbuka walaupun  keputusan tu tak sama denan apa yang kita nak.

Kita kena ingat, PRU13 adalah peluang yang paling baik untuk kita tumbangkan Umno BN di peringkat pusat dan jugak diperingkat negeri. Itu awlawiyat kita masa ni. Rakyat tengah tengok tingkah laku kita secara dekat.  Semua kerja buat kita termasuk cara kita berebut memang akan bagi kesan kepada undi masa PRU13 nanti.

Kalau ada sikit sebanyak benda yang kita tak puas hati, kita simpan sat, kita KIV dulu. Lepas Umno BN tumbang nanti kita bukak balik la file tu.

Di Negeri Sembilan dah panas, macamana pulak di negeri-negeri lain., bila nak mula panas. Aku yakin, bukan Negeri Sembilan saja yang ada perebutan kerusi, di negeri lain pun ada jugak. Persoalannya, bila nak mula dipanaskan.

Aku harap, kepimpinan di peringkat negeri tak cuba sorok kalau ada perebutan di peringkat Dun terutamanya. Kalau sorok sekejap untuk cuba diselesaikan takpa la, tapi jangan sorok lama sangat. Kalau dah tak boleh diselesaikan diperingkat negeri, kena mengaku dan serahkan cepat-cepat ke peringkat pimpinan pusat.

Takut nanti, benda tu meletup masa dah dekat pilihanraya.  Masa tu nak buat apa pun dah tak sempat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...