Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.Aku dah naik kesian kat Ketua Penerangan Umno ni. Tak habih-habih dengan idea nak PAS berpadu dengan Umno walaupun dah jelas sangat PAS memang takmau berpadu dengan Umno. Untuk masa depa sapa pun taktau, bergantung kepada perkembangan semasa tapi untuk masa terdekat ni memang mustahil PAS akan terima.
"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi. - Mkini.
Kalau ada yang bangang yang masih berharap idea ni akan jadi kenyataan. aku nak tolong bagitau, situasi sekarang ni, takdak sorang pun pemimpin PAS yang berani nak sambut pelawaan berpadu tu walaupun mungkin dalam hati depa ada yang memang teringin sangat nak berpadu dengan Umno.
Bukan kata nak sambut pelawaan tu, kalau ada yang tersilap cakap saja pun, tentu punya kena belasah. Tambah-tambah dengan adanya media baru ni, sekejap saja berita macam tu akan tersebar dan dalam masa yang singkat dia akan kena belasah dari semua penjuru, atas bawah kiri kanan semua akan belasah.
Jadinya, kalau ada yang berangan-angan nak tengok PAS dan Umno berpadu, simpan la angan-angan hangpa tu.
Puak-puak dalam Umno ada agenda sendiri, pasai tu depa tak jemu-jemu jual idea perpaduan tu. PAS jugak ada agenda sendiri, pasai tu PAS pilih untuk tak sambut pelawaan Umno tu.
Realitinya, tak semestinya kalau PAS setuju berpadu dengan Umno, nasib bangsa dan agama orang melayu akan jadi lebih baik. Kalau tak bersatu pun sebenarnya bangsa dan agama orang melayu boleh jadi lebih terbela kalau kena caranya. Yang pentingnya ikhlas. Masalahnya dalam politik payah sangat nak jumpa orang yang 'ikhlas', masing-masing akan buat apa yang boleh untuk kelebihan sendiri dan akan cari jalan untuk melemahkan musuh politik dia.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis