ALOR SETAR - Hanya empat soalan pertanyaan lisan sempat dijawab ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mesyuarat pertama penggal keempat yang ke-12, bermula 9 pagi dan berakhir sekitar 10.30 pagi semalam.Awat la jadi sampai macam ni, heran betui aku dengan cara Ustaz Azizan tadbirKedah ni. Takkan la sidang Dun cuma sejam setengah ja kut. Buat malu betul la.
Belum pun ‘panas’ suasana dalam Dewan, termasuk sesi soal jawab yang dinanti-nantikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sidang ditangguhkan oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail.
Mengulas mengenai tempoh bersidang yang dianggap terlalu singkat, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bertepatan dengan peraturan DUN, dan tidak ada usul untuk memanjangkan tempoh persidangan dibangkitkan mana-mana wakil rakyat.
“Mengikut peraturan DUN, selepas bentangkan kertas-kertas Dewan, sesi soal jawab selama satu jam. Terpulang pada budi bicara Speaker untuk tambah masa kecederaan. Jika ada usul pula, kena bentang dan bincang, tetapi usul tiada,” katanya pada sidang media.
Azizan turut berkias situasi sama turut berlaku ketika pihaknya menjadi pembangkang di Kedah, apabila membangkitkan isu sama, tetapi tidak dilayan Kerajaan Barisan Nasional (BN). - Sinarharian
Ikut peraturan tu memang perlu tapi takkan la sat sangat bersidang, takdan nak panas tempat duduk pun. Takkan la takdak berda nak dibincangkan. Takkan takdak benda yang boleh dibawa ke sidang Dun yang perlu diperbincangkan.
Paling kurang pun, takkan takdak isu yang doleh dibawak dalam sidang Dun yang boleh belasah Adun BN, hilangkan lagi kepercayaan rakyat kat depa untuk PRU13 nanti.
Sepatutnya Kerajaaan Kedah bagi peluang yang lebih luas kepada Adun pembangkang untuk bersuara bagi pihak rakyat yang mengundi depa. Kalau apa yang depa cakap tak betul pihak kerajaan boleh batulkan. Kalau ada persepsi yang tak betul yang depa cuba ketengahkan pihak kerajaan boleh betulkan balik.
Aku kesian kat jentera parti terutamanya diperingkat bawah yang terpaksa menjawab isu ni. Aku yakin depa teruk kena perli. Apa depa nak jawab kalau ada yang kata kat depa:
"PAS dengan Umno sama ja teruk, dulu kata Umno teruk bila sidang Dun pendek sangat tapi bila dapat kat depa, depa pun buat benda yang sama."Aku teringat ayat yang Pak Bakar Penarikbeca selalu ulang dalam blog dia:
"Sidang Dun sejam setengah ja, kita buat mesyuarat cawangan lagi lama."
"Sidang Dun pendek tu tentu pasai depa takut nak berhujjah dengan Adun Umno"
"Kita di Kedah, PAS, Umno macam adik, abang…" - Penarikbeca
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis