Betul ka Biomentrik lebih telus? Jangan harap... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 25, 2011

Betul ka Biomentrik lebih telus? Jangan harap...

Blog Pemudatua antara lain tulis:  
Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga Unik.
 
Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek KOSMETIK LUAR.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu. - Pemudatua.
Aku salin tampal sebahagian saja apa yang penulis tu tulis, kalau nak baca artikel penuh apa persepsi dia pasai cadangan nak guna sistem biometrik tu, boleh pi ke blog Pemudatua yang mengaku ada pendalaman 15 tahun dalam industri IT.

Macam yang aku tulis sebelum ni, aku tak mau lagi komen lebih-lebih selagi SPR tak dedahkan macamana sistem tu beroperasi. Aku nak tengok dulu macamana sistem yang dikatakan canggih tu beroperasi. Bila dah diumumkan, nanti kita sama-sama cari apa kelemahan dan loophole yang ada pada sistem tu.

Aku yakin tentu ada punya, kalau tak boleh dimanipulasi Umno BN takkan setuju punya nak guna sistem tu.

Mungkin ada yang akan kata kita tak sepatutnya prejudis sangat dengan SPR, masalahnya kalau tengok sejarah SPR memang patut sangat kita prejudis dengan SPR, pasai tu la aku gelarkan anggota SPR ni terutama sekali pengerusi, setiausaha SPR dan yang sewaktu dengannya sebagai "si anjing Umno', selalu sangat beraksi nak memenangkan Umno lebih dari ahli Umno sendiri.

Pada aku,  macam selalu aku ulang, bukan saja sistem yang SPR guna tu perlu diperbaiki atau mungkin lebih sesuai ditukar terus, tapi yang lebih perlu lagi, anggota SPR tu sendiri perlu diganti supaya MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Apa pun, yang pentingnya, kita kena kekalkan momentum BERS✔H 2.0 selagi SPR tak terima kesemua 8 tuntutan ataupun sehingga PRU13.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...