Harakahdaily melaporkan:
SEBERANG JAYA, 12 Julai: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.Memang nampak jelas, Najib betul-betul terkesan dengan himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lepas. Kalau tak takkan la dia betul-betul beremosi membelasah pimpinan Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim. Sebagai Perdana menteri dia tak sepatutnya emosi perkara himpunan BERSIH "yang kecil setakat kehadiran 6,000 orang dalam keadaan Umno boleh himpunkan lebih 3juta"
Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.
Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini. - Hrkh.
Walaupun nampak sangat terkesan tapi aku langsung tak percaya Najib melalui SPR akan tunduk kepada 8 tuntutan BERSIH tu. Tunduk kepada tuntutan tu bermakna Umno BN sanggup terlepas kelebihan 5% undi. Hilang 5% tu akibatnya sangat besar, kemungkinan sampai taham Umno BN hilang kuasa, bila hilang kuasa nyawa Umno BN macam telur di hujung tanduk.
Jadinya, kut mana pun, kita kena bersedia untuk himpunan BERSIH siri yang seterusnya dalam masa yang terdekat ni. Kut mana pun depa takkan mengalah dan kita nak kena tambahkan lagi tekanan.
Aku harap sangat, pimpinan BERSIH bagi Umno BN deadline, bila nak kena penuhi tuntutan tu. tak boleh kalau setakat bagitau kena buat perubahan sebelum PRU13. Entah bila PRU13 sapa pun taktau termasuk Najib sendiri yang tentu tak berani nak bubar parlimen dalam masa terdekat ni.
Aku yakin kalau buat BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur sekali lagi, kehadiran akan jadi lebih ramai lagi, dan tentu jugak dalam masa yang sama polis akan tingkatkan lagi kawalan. Dalam keadaan kita belajar dari pengalaman untuk lebih menjayakan himpunan akan datang, pihak polis jugak belajar dari kelemahan depa untuk sekat dengan lebih berkesan lagi.
Sapa yang akan lebih berjaya lepas ni belum tau lagi. Kuasa rakyat memang tak boleh dinafikan tapi tetap bergantung kepada sejauh nama pihak polis sanggup bertindak.
Apa pun, aku lebih suka kepada idea BERSIH 2.1 dengan maksud himpunan yang bersifat lebih kecil di peringkat negeri-negeri macam yang aku tulis sebelum ni. Bersifat kecil tak semestinya lebih kecil dari segi bilangan. Mungkin bilangannya lebih besar dari BERSIH 2.0.
Yang lebih penting lagi, himpunan tu akan jadi lebih terbuka kepada ramai orang untuk hadir pasai di buat di negeri masing-masing, lebih dekat jadi kurang masalah pengangkutan. Yang pentingnya, semangat himpunan BERSIH kita kekalkan sampai PRU13 kecuali Umno BN melalui SPR 'si anjing Umno' penuhi semua 8 tuntutan tu.
[sumber imej: AnakSungaiDerhaka]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis