Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.Kalau ikut kenyataan dari pemimpin Pakatan Rakyat, himpunan BERIH 2.0 sangat-sangat berjaya. Menggambarkan kebangkitan rakyat yang cukup meluat dengan kecelakaan kerja buat SPR selama ni.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini. - Hrkh.
Tapi kalau tengok pulak apa pemimpin Umno punya cakap, depa sungguh-sungguh dakwa himpunan tu gagal. Siap ada laporan dari polis yang kata himpunan tu cuma dihadiri sekitar 6,000 orang saja.
Memang la tak logik kalau setakat 6,000 orang. Tapi nak menunjukkan yang depa sungguh-sungguh nak bagi bukti yang himpunan tu gagal.
Jadinya aku srtuju sangat dengan kenyataan dari TG Hj Hadi, himpunan 2.0 tu cuma mukadimah kepada kebangkitan rakyat, kita tengok respon kerajaan kepada semua tuntutan BERSIH 2.0.
Apa pun, aku yakin kerajaan melalui SPR takkan buat apa-apa dengan tuntutan tu. Depa tentu akan buat pekat badak.
Jadinya, kot mana pun kita kena bersedia untuk himpunan BERSIH 2.1
Masa dalam perjalanan balik, singgah di beberapa R&R, aku sempat bersembang dengan beberapa member yang sama-sama balik dari himpunan BERSIH 2.0 tu. Rata-rata sangat-sangat bersetuju kalau dibuat himpunan BERSIH 2.1 tu.
BERSIH 2.1 dengan makna himpunan degan sekala yang lebih kecil di peringkat negeri-negeri. Depa kata, kalau boleh bia sampai FRU tak sempat nak berehat. Cantiknya kalau kita boleh buat peringkat negeri ikut zon, maksudnya minggu ni di negeri zon utara, minggu depannya pulak di negeri zon selatan, minggu berikutnya pulak di negeri zon timur. Berulang-ulang setiap minggu di negeri-negeri mengikut zon.
Depa cukup yakin kalau buat ikut negeri dan zon macam tu, lagi ramai yang boleh turut serta. Tambah-tambah pulak dengan semangat BERSIH 2.0 yang cukup menaikkan semangat.
Lagi pun, dah ada yang bunyi macam dah ketagih nak rasa pulak bom asap walaupun baru pertama kali kena masa BERSIH 2.0 hari Sabtu lepas.
[Sumber imej: majalah9]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis