IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.Sekali sekala terutama sekali kalau takdak bising-bising orang politik, keputusan mahkamah memang biasa menyebelahi bukan Umno BN.
Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya.
Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew.
Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee.
Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan.
Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.
Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan.
Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan “dimalukan di khalayak ramai” akibat insiden itu, lapor Malaysiakini. - Keadilandaily.
Macam kes ni, walaupun sebelum ni Pejabat Peguam Negara langsung tak ambil tindakan mendakwa Adun Jelapang, Yee 'katak' Yit Foong pasai serang Adun lain masa Sidang Dun dulu tu sampai YB Yew terpaksa ambil tindakan sivil sendiri, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh takdak masalah untuk menyebelahi kebenaran.
Cumanya aku rasa, kalau kes ni pun diriuh-riuhkan sampai pemimpin Umno BN rimas serabut kepala, aku yakin akan ada 'arahan dari atas' kepada hakim supaya menyebelahi Adun mesra BN ni.
Ataupun, mungkin jugak khidmat 'si katak' dah tak diperlukan lagi, maknanya takdak lagi 'kekebalan' untuk Adun jelapang tu dan dia didapati bersalah.
Mungkin jugak puak-puak panddy kutty Umno BN dah terlupa dengan Adun Jelapang ni dan dia pun sendiri terlepas pandang, mungkin rasa diri dia masih berharga. Patutnya dia buat 'aksi si anjing Umno', baru la peluang dia nak dapat 'kekebalan' lagi
Apa pun, tunggu ja la berapa dia nak kena bayar. Tapi aku rasa dia tak risau sangat pasai bayaran yang akan dia kena bayar tu bukan denda, jadi tak kira berapa banyak pun status dia sebagai Adun tak kan terlucut.
Ok la tu, paling kurang pun dia masih ada pencen lepas ni pasainya hampir tentu dia takkan dicalonkan lagi masa PRU13 nanti, kecuali la kalau dia bertanding atas tiket bebas tumpang Ibrahim Ali al-perrogi. Tapi boleh setakat bertanding ja la pasai peluang untuk hilang wang pertaruhan memang tinggi.
[Gambar atas tu aku cilok dari blog Bijan. Mana dia rembat aku taktau.]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis