Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.Mula-mula sekali suka aku nak kata PADAN MUKA kepada Taib Mahmud, pasainya aku yakin, tak lama lagi Taib Mahmud akan ditahan atas tuduhan rasuah..
Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.
"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.
Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.
Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut. - Mkini.
Macam yang Manjongmari tulis
Najib suruh lu resign, lu masih nak bertanding, diam-diam malam tu juga lu terus pi angkat sumpah jadi Chiept Minister.... Apa lu ingat lu terror lu. Bik Mama lagi terror...lu tak tau ka.....Untuk terus kekal berkuasa, Najib sanggup buat apa saja, termasuk kenakan geng sendiri kalau perlu. Tambah-tambah pulak Najib tentu sangat-sangat mengharapkan sokongan dari rakyat Sarawak yang selama ni semacam jadi fixed deposit untuk BN.
Sekarang lu rasa, lu tunggu saja la... lebih baik lu balik Lebanon meniaga kitab.... - Manjongmari.
Masa PRN Sarawak baru-baru ni, memang nampak kemarahan rakyat Sarawak kepada Taib mahmud yang diterjemahkan kepada undi menentang BN. Cumanya BN bernasib baik pasai penyokong PBB masih lagi sanggup undi calon PBB walaupun ramai yang marahkan Taib Mahmud.
Tak mustahil masa PRU13 nanti depa terjemahkan kemarahan depa tu di kertas undimacam yang orang cina di kawasan-kawasan pekan di Sarawak yang menangkan calon DAP.
Jadinya untuk pastikan sokongan depa tetap pada BN dan untuk raih balik sokongan orang cina di Sarawak, tak mustahil, Taib Mahmud akan dikambing hitamkan. Apa sangat nilai Taib Mahmud kalau tindakan tu boleh selamatkan Najib sebagai PM.
Lagipun, Najib cuma perlu dakwa Taib Mahmud di mahkamah, bersalah atau tak bukan isu, yang penting dakwa dulu. Perbicaraan di mahkamah pulak akan makan masa bertahun-tahun. Dan tak mustahil mahkamah kemudiannya akan dapati Taib mahmud tak bersalah.
Yang pentingnya, kesan dakwaan di mahkamah keatas Taib Mahmud tu kepada PRU13 akan redakan kemarahan rakyat Sarawak dan kembali mengundi calon BN masa PRU13 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis