KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Malu la puak-puak pencacai Umno ada Presiden Parti yang penakut. Nak sepentas dengan Mat Sabu pun takut. Tak macam Dr. Mahathir dulu, dia yang jemput Allahyarkan Ust Fadzil presiden PAS ketika untuk untuk sepentas berucap pasai Palestin.
Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.
Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.
"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.
"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.
Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.
Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama. - Hrkh.
Apa la malangnya nasib aku ada PM yang penakut macam Najib ni. Dah la takut dengan bayang-bayang Altantuya, dengan Mat Sabu pun takut.
Pada aku Najib tak sepatutnya takut. Aku yakin Mat Sabu sebagai seorang pemimpin yang matang takkan gunakan pentas yang LL4G untuk hentam Umno BN.
Aku yakin, macam Allahyarkan Ustaz Fadzil dulu, Mat Sabu akan berucap semata-mata pasai perjuangan Palestin. Tambahan pulak Mat Sabu memang terkenal dengan kemampuan dia menghuraikan sejarah politik dunia termasuklah politik timur tengah yang tak boleh terlepas dengans sejarah politik palestin.
Dari satu sudut lain, memang wajar Najib arahkan slot untuk Mat Sabu ditiadakan. Kalau Mat Sabu dibenarkan berucap, aku yakin lagi bertambah orang yang respek Mat Sabu terutama sekali orang yang tak pernah dengar ucapan Mat Sabu selama ni, cuma dengan cerita buruk yang puak-puak media pencacai Umno spin.
Apa pun, aku tabik hormat kepada penganjur LL4G pasai tak tempah backdrop baru tapi ambil keputusan cuma tutup nama Mat Sabu, memang class.
Berkaitan
- Mat Sabu pun nak berpadu dengan Umno?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis