Mat Sabu pun nak berpadu dengan Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 18, 2011

Mat Sabu pun nak berpadu dengan Umno?

   
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib. - Hrkh.  
Aku rasa penganjur perogram tu jemput Mat Sabu atas kapasiti dia sebagai Timbalan Presiden PAS. Jadinya kalau la masa pemilihan PAS baru ni bukan Mat Sabu yang menang, tentu calon yang menang tu yang akan dijemput untuk bagi ucapan.

Aku boleh bayangkan, kalau Ust Nasha yang menang, dan kemudian hadir pulak program tu, tentu punya ada jari-jari yang tak sabar-sabar nak menaip belasah Ust Nasha sanbil dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan.

Kalau Ust Tuan Ibrahim yang menang pulak lagi la masalah, tak pasal-pasai tokoh yang dikatakan paling ke depan untuk mengantikan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS tu terpalit sama. Sebelum ni nama dia sipi-sipi saja dalan isu Kerajaan Perpaduan. Memang la benda tu tak betui, tapi puak-puak yang ada 'kepentingan tersendiri' ni bukan kira, sa kata golongan ulama buat move, mula la depa tengok dengan prejudis.

Bila teringat balik, kesian pulak aku dekat Ust Nasha, niat dia dulu tu baik, hadir program pelancaran buku Natrah dulu tu untuk nak dapatkan political mileage atas nama PAS tapi tak pasal-pasal kena belasah.

Tapi, nak salahkan puak-puak yang belasah tu pun tak berapa nak kena jugak. Depa-depa tu belasah pasai sayangkan PAS, depa belasah tu pun aku yakin atas niat untuk kebaikan PAS jugak.

Apa pun, aku yakin takkan ada blogger yang akan tuduh Mat Sabu nak berpadu dengan Umno pasai hadir dan bagi ucapan dalam program malam ni. Kalau ada yang katapun, cuma dalam bahasa menyindir macam tajuk kat atas tu ja.

Memang patut sangat pun Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS terima undangan untuk bagi ucapan pada program besar macam ni. Bukan senang nak boleh bercakap sepentas dengan Perdana Menteri. Tambah-tambah pulak dalam program berkaitan Palestin macam ni, satu perjuangan yang cukup dengan dengan PAS.

Cumanya aku harap Mat Sabu bila bercakap dengan wartawan tu, kontrol la sikit. Tapis la sama apa yang nak dicakap tu. Jangan la sampai jadi masalah pulak kepada jentera penerangan parti nak menjawab pulak. Lain la kalau kita dah ada saluran penerangan yang cukup mantab yang boleh sampai ke setiap rumah dalam negara ni. Puak-puak media 'si anjing Umno' tu memang tercari-cari peluru nak hentam PAS.

Kalau nak tembak pun biar kena tepat. Jangan la jadi yang nak ditembak tak kena tapi yang lain pulak yang cedera. Taktau la pulak kalau memang cara berpolitik berterus-terang macam tu yang Mat Sabu nak bawa, mungkin jugak cara tu akan bagi rakyat lebih percaya dengan PAS. Belum cuba belum tau.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...