Ubah tempat ceramah ke PASTI Sg. Acheh. |
Tadi ada member bagitau, semalam polis telefon sorang orang kuat PAS Nibong Tebal suruh batalkan program malam ni. Member tu bagitau, polis tu kata, kalau buat jugak polis akan tangkap.
Member tu bagitau, pagi tadi PAS Kawasan buat mesyuarat tergempar bincangkan isu tu. Keputusannya, ceramah tu akan diteruskan jugak tapi diubah tempat ke PASTI Sungai Acheh.
Kawasan memang sempit sikit kalau nak bandingkan dengan dewan JKKK tu, tapi lebih mudah buat kat tempat sendiri, kalau ada apa-apa hal, senang...
Saja aku provoke member tu, aku kata, kalau tanya pendapat aku, elok jangan ubah, biar polis tangkap, baru syok. Kita boleh tengok lepas tu macamana jentera PAS akan jadi lebih semangat buat kerja.
Cumanya, bila fikir balik, kesian jugak kat depa, takut ada kalangan orang kuat PAS Nibong Tebal yang mungkin kakitangan kerajaan. Kalau depa-depa ni kena tangkap, panjang cerita. Bab depa tu satu hal, bab kita mungkin kehilangan tenaga depa pun satu hal jugak.
Apa pun, aku pun setuju jugak dengan hujjah member tu. Dia kata kalau buat kat tempat kita senang sikit. Kalau polis nak tangkap pun tangkap la, cumanya bila buat kat tempat kita, kita kuat sikit berbanding kalau buat kat dewan macam perancangan awal tu, lagi pun tempat kita...
Member tu minta tolong sebarkan maklumat ni. Ceramah malam ni TIDAK DIBATALKAN cuma diubah tempat ke PASTI Sungai Acheh. Jadinya terutama sekali geng-geng kahaq dan kaki demo, tolong jangan uzurkan diri ramai-ramai kita turun Sg. Acheh malam ni bersama Bang Mat Sabu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis