Takdak masa nak lawan PERKASA, buang masa ja. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 17, 2011

Takdak masa nak lawan PERKASA, buang masa ja.

Harakahdaily melaporkan:  
MIRI, 17 Jun: Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
 
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya. - Kenyataan Media PAS Miri 
Masalahnya, SPR tak pernah bertindak adil, malah selalu sangat buat aksi 'si anjing Umno'.

Pasai tu la PAS setuju sangat bila Pengerusi BERSIH 2.0, peguam Ambiga akhirnya buat keputusan nak buat demo "Walk for democracy". Sebelum setuju nak buat demo ni, Ambiga dah banyak kali buat seminar dan macam-macam program mendesak SPR supaya ubah beberapa peraturan yang tak adil, tapi SPR langsung tak ambil peduli.

Demo BERSIH tu cuma nak tuntut SPR supaya penuhi 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu saja. Bukannya nak lawan dengan sapa-sapa. Cuma nak lawan sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah.

Macam yang dilaporkan Harakahdaily:
"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya.

Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil.

Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini. - Hrkh.
PAS jugak tak berminat nak lawan dengan Pemuda Umno dengan demo. Kalau nak lawan tunggu masa PRU13 nanti.

PAS jugak tak teringin nak berlawan dengan PERKASA, NGO yang tah apa-apa. Buang masa ja PAS lawan dengan PERKASA. Kalau PERKASA nak jugak lawan dengan PAS, daftarkan PERKASA sebagai parti politik, kita lawan dalam pilihanraya.

Aku nak seru kepada semua yang benci kezaliman Umno BN, benci ketidakadilan Umno BN, benci rasuah dan penyelewengan Umno BN dan benci macam-macam lagi aksi buruk dan celaka Umno BN, jangan buat-buat lupa untuk buat persediaan turun 9 Jula nanti.

Dalam usaha nak menjatuhkan kuasa Umno BN, kita kena putuskan seberapa banyak talian hayat yang Umno BN ada. Salah satu talian hayat depa yang paling kuat adalah peraturan SPR yang berat sebelah yang menghasilkan pilihanraya yang kotor.

Pastikan kita turun beramai-ramai menunjukkan yang kita sungguh-sungguh dalam membantah. bukan main-main punya bantah. Biar depa kecut perut tengok bilangan yang turun 9 Julai nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...