Macamana pulak jika tiba-tiba TG Nik Aziz yang tiada? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 08, 2011

Macamana pulak jika tiba-tiba TG Nik Aziz yang tiada?

Dalam posting sebelum ni aku salin tampal apa yang Moniermatdin tulis dalam blog dia yang bertajuk "Mat Sabu Timbalan: Jika tiba-tiba TG Hj Hadi Tiada."

Di bahagian akhir Moniermatdin ada tulis:
"Apa jadi kalau tiba-tiba TG Haji Hadi mati?"

Depa kata:
"Otomatiklah Mat Sabu jadi Presiden PAS, macam TG Haji Hadi ganti Allahyarham Ustaz Fadzil hari itu"

Hah, Mat Sabu jadi Presiden PAS -satu persepsi baru politik Malaysia yang amat menarik untuk direnungkan. - Ibid
Sorang pengkomen, PuakPas ada komen dalam entry tu yang selari dengan apa yang aku fikirkan. Jadinya tak payah aku susah-susah nak mengarang, aku salin tampal ja kat bawah ni.


Jika tiba-tiba TG Nik Aziz tiada 
Oleh puakPas

Aku pernah dipersoalkan dgn persoalan ini ketika sedang hangat pemilihan lepas. Namun persoalan ini aku jawab dengan soalan, "bagaimana pula jika tiba-tiba TGNA tiada?".

Ramai ahli dan pimpinan PAS tidak tahu untuk bertanya soalan yang lebih penting, bahkan mereka mahu bertanya soalan yang tidak penting.

Jika ditakdirkan TGNA tiada, siapakah insan paling layak mengantikannya. Pemilihan penganti kepada TGNA adalah seorang yang yang paling terpengaruh, paling dihormati, paling berpengalaman dlm pengurusan parti dan berpengetahuan dengan tipu daya musuh.
Daripada ciri-ciri ini, jelas dan nyata bahawa TGHH adalah seorang insan yang paling layak dan diutamakan untuk mengantikan TGNA sebagai mursyid am.

Kedudukan majlis syura yang dipimpin oleh Mursyid am lebih tinggi berbanding dengan kedudukan peresiden dan ahli jawatankuasa parti. Dimana Mursyid am dan majlis syura bertanggungjawab menentukan dasar parti, sementara presiden dan AJK parti hanya bertanggungjawab menguruskan parti.

Sesiapa sahaja diantara ahli layak dipilih menjadi presiden olah ahli parti, namun mursyid am hanya dipilih oleh majlis syura parti.

Ini bermakna, jika presiden parti tiada, maka Tim. presiden parti tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengantikan presiden. Kerana presiden parti merupakan jawatan yang dikawal oleh majlis syura yang diketuai Mursyid am.

Ini bermakna jika mursyid am tiada, maka majlis syura mesti bermesyuarat serta merta untuk melantik mursyid am baru, supaya setiap dasar parti akan terpelihara. Namun jika Presiden parti tiada, majlis syura boleh menanguhkan pelantikan presiden parti dengan memberi kuasa kepada AJK parti untuk menguruskan parti. Dimana Presiden dan AJK parti hanya bertanggungjawab menguruskan parti, sementara Mursyid am dan majlis syura bertanggungjawab menentukan dasar parti.

Saya tidak tahu adakah ketakutan "jika tiba-tiba TG Hj. Hadi tiada" merupakan suatu asas yang besar kepada perjuangan PAS, sepertimana berlaku ketika Umar al-Khatab R.A. merasa cemas apabila mendengar kewafatan Rasulullah SAW.

PERHATIAN.
Dengan ini saya dengan rendah diri mencadangkan Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan sebagai Timbalan Mursyid am untuk mengantikan Harun Din. Pelantikan ini sebagai usaha untuk mengerakan malis syura PAS selari dengan kepentingannya. - puakPas

Kredit gambar : pemecahfikiran.blogspot.com

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...