Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU, 8 Jun: Di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh, Tanah Merah jentera pilihan raya PAS mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama dipamerkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Apa nak dikata lagi? Dah la disusahkan dengan syarat RM10 untuk seorang yang dibantah dan sorang pembantah tak boleh bantah lebih 10 orang.
Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR kesemua pemilih baru itu tidak hadir.
Ini bermakna mereka tidak dapat dikesan SPR biar pun disenarai pada senarai pemilih baru di Dun berkenaan.
Begitu juga di Dun Kemahang dan Bukit Panau dikesan lebih 100 orang tidak dikenali di setiap Dun terbabit pada senarai pemilih suku pertama tahun ini.
Dan ketika proses bantahan dilakukan petugas PAS kesemua pemilih baru terbabit tidak hadir. Bagaimanapun setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.
Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan SPR.
Malah pada 2004 seramai 1,800 orang tidak dikenali disenarai di Dun Bukit Panau, dan ketika proses bantahan kesemua mereka tidak hadir.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, bantahan penting dilakukan bagi memastikan pemilih baru benar-benar penduduk tempatan.
“Ini sudah terbukti kerana banyak proses bantahan sebelum ini orang yang disenaraikan pada pameran pendaftaran pemilih baru setiap suku tahun memang ramai tidak dikenali.
“Tetapi hari ini mengapa tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR menganggap proses bantahan mempunyai agenda politik parti tertentu.
“Kalau pegawai SPR itu tidak bekerja untuk memenangkan Umno sudah tentu tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana proses bantahan dibenarkan dalam peraturan pilihan raya,” katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini. - Hrkh.
Kemudian pulak 'diugut' akan dikenakan bayaran sehingga RM250 ringgit untuk setiap seorang yang dibantah kalau dibuat perbicaran awam.
Semua tu nak menyusahkan dan mengelakkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan tu dibantah. Kalau tak dibantah maknanya selamat la kalau ada penipuan dan penyelewengan yang depa buat.
Bila ada yang sanggup terima syarat bantahan tu dan tetap buat bantahan tiba-tiba Pengerusi SPR betul-betul beraksi sebagai 'si anjing Umno'.
Senang-senang kata "proses bantahan mempunyai agenda politik parti tertentu."
Jentera PAS buat kerja ni sebenarnya bantu SPR. Bantu SPR jadikan Daftar Pemilih benar-benar bersih. Hasrat PAS selain dari pasai nak menang tapi dalam masa yang sama nak jadikan Daftar Pemilih benar-benar bersih, bukan setakat benar-benar bersih tapi juga dilihat bersih.
Patutnya SPR sanjung tinggi apa yang PAS Kelantan buat ni. Ni, tak. Dah la tak hargai langsung, dituduh pulak saja-saja buat bantahan pasai takmau bagi daftar pemilih tambahan tu disahkan. Memang BANGSAT.
Kalau betul depa yang dibantah tu memang duduk di kawasan mengundi tu, apa masalahnya kalau depa nak pi. Dah tentu punya SPR hantar surat ke alamat yang depa mengaku sebagai tempat tinggal depa. Kalau betui depa duduk kat alamat tu tentu punya depa baca surat tu.
Kalau dah dapat surat tu takkan majikan tak bagi depa cuti kalau ditunjukkan surat tu. Lagi pun depa bukan pi free, depa akan dibayar mengikut rate yang SPR tetapkan, dari RM50 sehingga RM250.
Yang mushkilnya takkan dari ramai-ramai yang dibantah tu takdak sorang pun yang hadirkan diri kalau betui depa memang duduk di kawasan tu.
Maknanya memang betui ada kerja jahat yang Umno buat dengan kerja sama SPR dan mungkin jugak dengan kerjasama JPN.
Lagi satu, apa masalah sebenarnya sampai "81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini."
Payah sangat ka nak tentukan status bantahan tu. Lama sangat ka untuk buat perbicaraan awam tu? Contohnya macam Parlimen Tanah Merah yang katanya ada 300 nama dibantah. Panggil aja la 300 nama tu hadir masa bantahan awam tu. Suruh depa bawak apa saja bukti atau saksi yang boleh membuktikan yang depa memang duduk di alamat yang mana depa didaftarkan.
Kalau betul depa yang mintak didaftarkan atau dipindahkan tentu punya depa akan hadir masa siasatan awam tu. Lain la kalau depa tak duduk di alamat tu, memang la depa taktau ada perbicaraan awam tu.
Apa masalahnya, kalau penama yang dibantah tu hadir dan boleh bawak bukti yang memang depa tinggal di alamat tu, automatik bantahan nama depa tu ditolak, dan pembantah kena bayar macam peraturan yang SPR tetapkan. Kalau penama tu tak hadir pulak, secara automatik pendaftaran nama depa ditolak.
Susah sangat ka?
Mungkin ada yang BANGANG akan tanya, macamana pulak kalau penama yang dibantah tu tak dapat hadir pada hari siasatan awam tu?
Apa masalahnya? Kalau betul tak boleh hadir, takkan tak reti-reti nak talifon bagi tau? Takkan SPR hantar surat takdak letak nama dan no telefon pegawai yang boleh dihubungi?
Lagi satu, kalau SPR mengaku adil dalam jalankan tugas, patutnya kalau bantahan tu diterima, pembantah pulak dibayar RM50 bagi setiap nama yang diterima.
Kalau buat peraturan macam tu, baru la pegawai yang buat pendaftaran tu tak berani nak menipu dan jadi BARUA kepada mana-mana pihak. memang takdak masalah nak kesan, pasai ID pegawai yang uruskan pendaftaran nama berkenaan memang ada dalam data induk SPR, mula dari pegawai/PPS yang tandatangan borang tu, pegawai yang key-in borang tu, pegawai yang semak borang tu dan jugak p-egawai yang sahkan pendaftaran borang tu, lengkap.
memang takdak masalah kalau SPR betul-betul nak berlaku adil dan telus. Masalahnya, memang SPR tak adil dan tak telus. Pasainya memang ramai pegawai SPR yang seronok beraksi sebagai 'si anjing Umno' terutama sekali pegawai yang berpangkat tinggi. Depa ni LEBIH UMNO DARI ORANG UMNO.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis