Masa mula-mula Bersih 2.0 dilancarkan, maksud aku ditetapkan tarikh, terbayang di kepala peluang untuk 'bertempur' dengan polis dan FRU. Ada peluang la nak rasa air kimia dan gas pemedih mata.
Bukan selalu boleh dapat pengalaman macam tu, terutama sekali untuk orang yang macam aku yang tak duduk di lembah Kelang. Memang kerap ada yang buat demo tapi aku tak berpeluang untuk turut serta semenjak demo Bersih kali pertama dulu, lama dah tu. Macam ada member kata, "takdak rezeki."
Demo Bersih ni menjadi semakin menarik bila berbagai pihak dan NGO macam yang hampir setiap hari dilaporkan dalam berita di TV, buat laporan polis. Kebanyakkannya suruh polis halang demo tu dari berjalan. Bukan takat 1,2 tapi dah beratus laporan polis.
Minggu lepas, presiden PERKASA, Ibrahim Ali Al-Ferrogy buat kenyataan yang PERKASA pun akan berdemo sama. Bukan bersama demo Bersih 2.0 tapi berdemo menentang demo BERSIH pada tarikh, masa dan di tempat yang sama.
Malaysiakini melaporkan:
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.Satu suasana dan pengalaman baru untuk demo di Malaysia. Demo di Malaysia sebelum ni semuanya aman, yang jadi tak aman pun bila polis dan FRU bertindak masuk campur. Tu pun lebih kepada macam permainan 'polis sentry' yang biasa budak-budak dulu main, polis ligan kita lagi. Yang tak bernasib baik kena tangkap dengan polis dan berpeluang naik Black Maria.
Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.
Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.
"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya. - Mkini.
Mana ada sebelum ni demo yang ada baling batu, pecah cermin bakar tayar dan sebagainya. Ada la kut jadi sekali masa zaman demonstrasi Reformasi dulu tapi yang tu pun katanya SB yang buat, bukan demonstrator punya aksi.
Kali ni bukan saja akan 'bertempur' dengan polis dan FRU tapi mungkin berpeluang 'bertempur' dengan PERKASA. Mungkin lebih kurang macam demo Baju Kuning vs Baju Merah di Thailand siap dengan ada acara baling batu, bakar kereta...
Memang rugi la sapa-sapa tak joint demo Bersih 2.0 kali ni.
Menambahkan lagi suasana 'seronok' nak pi demo kali ni bila semalam, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno bagitau yang Pemuda Umno pun nak turun jugak berdemo menentang demo Bersih 2.0. Khairy yang sebelum ni pernah kata demo ni 'macam beruk-beruk di jalanraya' dilaporkan berkata:
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.Memang rugi la sapa-sapa yang tak boleh hadir demo kali ni.
"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin - Mkini.
Kalau di tempat-tempat lain, yang biasa berlaku pun demonstrasi antara 2 penjuru. Satu penjuru yang menyokong dan satu penjuru yang menentang. Tapi pada 9 Julai nanti, mungkin akan jadi demonstrasi 3 penjuru. Aku rasa PERKASA dan Pemuda Umno takkan bersatu duduk sekali, pasainya antara Ibrahim Ali dengan Khairy mana boleh duduk sekali.
Apa pun, nak kena jugak aku tekankan di sini, macam yang Malaysian Inseider laporkan:
Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.
“Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.
“Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk,” katanya. - TMI.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis