Apa yang dikatakan rahsia parti jangan didedahkan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 20, 2011

Apa yang dikatakan rahsia parti jangan didedahkan

Oleh Khalid Samad

Sejak saya memuatkan posting Yang Mencantas dan Yang Dicantas, ada yang bertanya dan menegur tentang mengapa perlunya saya menceritakan perjalanan mesyuarat perlantikan PJ Selangor? Tidakkah memadai dengan hanya memberitahu kesudahannya? Bukankah dengan menceritakan apa yang berlaku semasa mesyuarat maka dengan secara tidak langsungnya saya telah mendedahkan 'Rahsia Parti'?

Sebenarnya saya berasa hairan dengan sikap yang sebegini rupa. Mereka ini membaca tetapi tidak dapat memahami. Seolah-olah pemikiran dan hati mereka telah diselubungi kegelapan atau kebencian sehinggakan tidak dapat melihat pengajaran yang terkandung disebalik tulisan saya itu.
 
Walaubagaimanapun, majoriti yang membaca kisah yang dipaparkan, jelas dapat melihat bagaimana proses perbincangan dan syura yang diamalkan di dalam PAS. Pandangan pimpinan tertinggi parti, setelah dibincang bersama telah dikemukakan untuk dibahas oleh AJK Pusat untuk mendapat kata sepakat. Semasa proses tersebut, tiada usaha untuk memaksa agar diterima sahaja pandangan pimpinan tetapi sebaliknya, ianya dibincang secara tertib dan terbuka.

Kedua, tiada juga usaha cantas mencantas dan tiada juga suasana berpuak-puak di mana satu kumpulan melawan satu kumpulan yang lain. Calon dikemukakan dan sebab mereka dicalonkan turut dibincang secara berhemah. Kebanyakkannya diterima, selepas diperjelaskan akan sebabnya. Tetapi ada juga yang ditukar apabila dikemukakan calon lain yang dianggap lebih sesuai. Apabila ada yang 'berkepentingan' secara langsung ataupun tidak langsung seperti dalam contoh yang telah dipaparkan, maka mereka ini diminta keluar. Tiada juga bantahan dan keghairahan untuk melobi untuk orang ini atau orang itu. Serta tiada juga budaya 'patuh secara membabi buta' serta kepimpinan ala 'diktator' dengan menyelewengkan takrifan wala'.

Saya menceritakan apa yang berlaku untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat yang wujud di peringkat kepimpinan tertinggi PAS. Supaya ianya dicontohi disemua peringkat. Sikap keterbukaan Presiden serta Timbalan dan Naib Presiden untuk membincang cadangan mereka bersama AJK Pusat perlu diketahui dan dicontohi di semua peringkat. Janganlah menganggap cara kepimpinan Islam adalah ala diktator di atas alasan wala' yang tidak dapat difahami maksud yang sebenar atau di atas alasan "sami'na wa ata'na" yang sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu perbincangan dan syura.

Dalam erti kata yang lain yang lebih mudah, kalau Presiden pun sanggup membincangkan pandangan beliau, takkanlah PJ, YDP dan Ketua Cawangan ingin menuntut ketaatan secara membabi buta tanpa dibincangkan?

Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber: blog Khalid Samad

Komen aku:
Yang jadinya, bila dia yang bercerita mati-mati dia pertahankan sebagai bukan rahsia parti tapi bila orang lain yang ceritakan sungguh-sungguh pulak dia belasah kata depa bocorkan rahsia parti. Masalahnya, sapa yang ada autoriti nak klasifikasikan sebagai rahsia parti atau bukan. Lagi satunya yang jadi masalah jugak, sapa yang berhak tau rahsia parti.

Pasai tu la aku setuju sangat dengan saranan Allahyarhan Ustaz Fadzil supaya meng'ulama'kan profesional dan memprofesionalkan ulama'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...