Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 30 Jun: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.Dah ada ka yang dah mulakan prosiding saman polis tu?
“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.
Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.
“Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih.
Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut.
Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna.
Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti.
“Sampai bila Umno nak takut dengan warna?” soalnya.
Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang.
“Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu.
“Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita,” ujarnya. - Hrkh.
Hari ni lagi 4 orang kena tangkap. Harakahdaily juga melaporkan:
IPOH, 30 Jun: Seramai 4 orang telah ditangkap kira-kira jam 9.00 pagi tadi di pasar Gunung Rapat, dekat sini kerana memakai baju kuning.Agak-agak polis Parit Buntar nak tangkap dak orang yang pakai baju BERSIH ni?
Mereka termasuk Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Mereka telah dihantar ke IPD Ipoh.
Semalam, seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis