Syarat denda Lynas RM50j, mana cukup!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 04, 2011

Syarat denda Lynas RM50j, mana cukup!!!

MalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 3 Mei . — Sementara panel antarabangsa sedang meneliti aspek kesihatan dan keselamatan, Lynas Corporation akan dipertanggungjawabkan dengan syarat ‘denda’ sehingga RM50 juta bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata syarikat Australia itu juga perlu menamakan individu yang perlu bertanggungjawab bagi sebarang kejadian tidak diingini sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini.

“Dalam undang-undang, entiti yang diberi lesen perlu menamakan seseorang yang bertanggungjawab bagi lesen dan ia akan bertanggungjawab sehingga RM50 juta bagi setiap insiden,” kata Ketua Pengarahnya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (gambar) dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.

Katanya, ia selaras dengan Seksyen 59(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom.

Pada 22 April lalu, Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang nadir bumi di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. - TMI

Nampak gayanya, walaupun majoriti rakyat terutama rakyat di Kuantan menolak dengan keras cadangan kilang Lynas tu tapi AELB masih berminat jugak nak bagi lesen. Mungkin jugak kut depa dah takdak pilihan lain sebab ada "arahan" dari atas supaya projek tu diteruskan jugak "by hook or by crook".

Cumanya yang aku mushkilkan, takkan syarat denda RM50juta ja? Cukup ka? Kalau 10 tahun dulu mungkin nilai tu nampak banyak tapi zaman sekarang ni takat RM50juta tu tak banyak mana pun.

Cuba bayangkan kalau berlaku satu malapetaka yang cukup besar dan kawasan yang terlibat pun besar jugak, rasanya kalau takat RM50 juta tu nak buat operasi pembersihan pun tak cukup.

Jadinya aku nak cadangkan, kalau kerajaan nak jugak benarkan projek tu berjalan, selain dari kenakan peraturan keselamatan yang cukup-cukup ketat kerajaan kena juga kenakan syarat "denda" untuk Lynas tanggung segala kos operasi "keselamatan dan kesihatan" akibat dari apa saja bencana yang mengakibatkan kebocoran radiasi.

Maksud aku semua kos termasuk kos operasi pasukan pakar dari luar negara dan termasuk jugak bayaran kepada apa-apa tuntutan gantirugi dari mana-mana pihak.

Lynas juga perlu tanggung segala kos latihan dan penambahan kemahiran anggota dan juga peralatan terkini yang diperlukan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat bersedia menangani bencana kebocoran radiasi yang perlu dilengkapkan sebelum kilang Lynas tu dibenarkan beroperasi..

Sekurang-kurangnya kalau berlaku bencana, kita dah cukup bersedia.

Tapi bila kita tengok balik apa yang berlaku di Jepun baru-baru ni, apa sangat persediaan yang kita boleh buat berbanding Jepun, tu pun Jepun tak mampu nak tangani bencana tu dengan berkesan.

Jadinya lebih baik la dibatalkan saja projek tu. Banyak lagi benda lain yang lebih selamat yang boleh dibuat untuk cari duit. Kerajaan bleh berganti tapi kesannya akan ditanggung oleh rakyat. Kesian rakyat 1 Malaysia.

Info Tambahan:
MalaysianInsider sebelum ni ada melaporkan:
loji Bukit Merah yang sedang melalui kerja-kerja pembersihan menelan kos RM303 juta sejak dua dekad lalu selepas ia ditutup - Tmi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...