Pasainya aku yakin, KDN takkan luluskan permit untuk akhbar tu. Takkan KDN tiba-tiba boleh jadi adil dan tak berpihak kepada Umno BN. Tambah-tambah pulak PRU13 pun dah tak lama dah.
Tapi hari ni, Nurul keluar dari pejabat KDN tetap jugak dengan senyuman macam dua bulan lepas. Memang betul la dia ni jenis yang suka senyum.
Malaysiakini melaporkan:
Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.Mushkil jugak aku baca laporan Malaysaikini tu. KDN bagi permit ka dak sebenarnya. Atau pun mungkinkah KDN baru bukak cerita bab nama, bab lain KDN tak semak lagi kut. Maksud aku, kalau setuju guna nama lain dan KDN pun setuju dengan nama tu baru permohonan tu diproses ke peringkat seterusnya. Mungkin jugak proses tu akan ambil masa dalam dua bulan pulak lagi macam hari tu. Maknanya lama lagi la nak tau boleh dapat permit ka dah surat khabar baru tu.
Wakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini.
"Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata (kanan) dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu.
Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.
"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.
Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.
"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya?
Utusan aaa, atau Utusan tut,” katanya sambil berjenaka. - Mkini.
Tapi, apa pun, aku yakin KDN takkan bagi permit untuk surat khabar baru tu. Sekurang-kurangnya pun tidak untuk tempoh terdekat, sebelum PRU13. Takkan beraninya Hishamuddin nak tandatangan. Nak cari nahas?
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis