Berita baik untuk rakyat Malaysia dari TNB | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 05, 2011

Berita baik untuk rakyat Malaysia dari TNB

Bernama melaporkan:  
PULAU TIOMAN 5 Mei - Tenaga Nasional Bhd telah mengenal pasti empat tapak bagi membina loji kuasa geotermal yang akan menggunakan wap yang dijana dari kolam air panas untuk mengendalikan turbin kuasa, kata Jurutera Tenaga Diperbaharui, Pembangunan Penjanaan Asetnya, Shahrina Abdullah.

Projek itu kini berada pada fasa dua peringkat awal di mana analisis geofizik dan subpermukaan telah dilaksanakan, katanya tanpa menghuraikan lokasi loji itu.

"Pada peringkat ini, kami yakin 60 peratus loji itu akan dilaksanakan,” katanya, sambil menyatakan peringkat seterusnya akan termasuk penggerudian penerokaan yang sama dengan penggerudian minyak dan menelan kos yang sama harganya.

Sharina berkata, empat tapak bersaiz sederhana telah dikenal pasti dan setiap loji geotermal itu berpotensi menjana elektrik lebih 2.0 megawatt.

Satu kolam air panas boleh menjana kuasa sehingga 20 megawatt, katanya semasa lawatan media ke pusat peranginan ini baru-baru ini. - Bernama.


Satu berita yang sangat baik untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada yang tak setuju dengan cadangan pembinaan loji janakuasa elektrik nuklear.

Walaupun jumlah janaan masih kecil berbanding keupayaan 2000MW cadangan untuk 2 loji nuklear tu, sekurang-kurangnya Malaysia ada pilihan.

Tak mustahil jugak di masa depa ada lagi kaedah penjanaan lain yang boleh digunakan untuk mencukupkan keperluan janaan elektrik untuk kegunaan Malaysia sehingga tak perlu untuk kita bina logi nuklear yang amat berisiko.

Apa pun, tahniah kepada TNB atas kejayaan penyelidikan tu. Moga-moga para penyelidik di TNB terus berjaya buat penemuan baru untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kalau nak harap kepala otak pemimpin Umno saja, dah lama melingkup Malaysia ni. Tak lingkup macamana, kalau semua idea mai dari para cukung yang cuma pentingkan keuntungan dan kalau ada masalah depa bukannya nak selesaikan dengan cara yang sepatutnya tapi depa selesai dengan cara bagi rasuah. Masalah depa ja la yang selesai, masalah yang sebenarnya rakyat yang kena tanggung.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...