Semua calon-calon yang layak bertanding pada pemilihan parti PAS Jun ini bebas untuk berkempen tetapi terikat dengan etika dan akhlak Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan parti.Memang ramai ahli dan penyokong PAS yang ingat tak dibenarkan melobi di dalam PAS untuk apa-apa jawatan pun. Pada aku melobi tu sama makna dengan berkempen. Cuma selama ni perkataan melobi tu ditafsirkan sebagai kelaku buruk pasai selalu dirujuk kaedah yang selalu puak-puak pandy kutty buat masa Pemilihan Umno.
Walaupun tidak ada peraturan khusus dalam berkempen sepanjang pemilihan itu, pengerusi jawatankuasa pemilihan Datuk Abdul Halim Abd Rahman berkata pihaknya juga tidak akan menentukan garis panduan tersebut.
"Tugas kita hanya menguruskan pemilihan Jawatankuasa Pusat dan dewan-dewan... Itu ruang yang diberikan kepada kita.
"Hanya AJK PAS Pusat yang memutuskan (garis panduannya). Saya tidak boleh nak 'overruled' (arahan PAS Pusat).
"Calon bebas untuk berkempen. Dalam PAS mementingkan akhlak Islam," kata Abdul Halim pada sidang media bagi mengulas soalan wartawan berhubung etika berkempen yang ditetapkan oleh parti. - Mkini.
Memang ada kebimbangan dikalangan ahli dan penyokong PAS yang takut sangat PAS akan jadi teruk macam Umno. Takut budaya teruk yang ada dalam Umno berjangkit ke dalam PAS.
Memang baik ada rasa takut tu, tapi tak sepatutnya rasa takut tu sampai kita sekat kebebasan yang patut ada dalam parti kita. Rasa takut tu patutnya diterjemahkan dalam bentuk bagi kefahaman sebenar kepada semua ahli dan penyokong PAS.
Bukan buat kerja mudah sekadar baca hadith yang popular pasai meminta-minta jawatan macam hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim
عن أبي موسى رَضِيَ اللهُ عنه : دَخَلْتُ عَلى النَّبي أناَ وَرُجُلانِ مِنْ قَوْمي فَقَالَ أحَدُ الرُّجُلَيْنِ أمِّرنَا يا رَسُوْلَ اللهِ وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَهُ، فقاَلَ : إنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِDalam hadith lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:
Dari Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" - Halaqah
"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) - IbidPatutnya hadith-hadith tu disertakan dengan syarah dalam ruanglingkup PAS. Aku memang jahil terutama sekali dalam Quran dan hadith tapi aku yankin hadith macam ni bukan larangan untuk menawarkan diri untuk bertanding dan kemudiannya berkempen dalam pemilihan PAS.
Tentu ada hujjah dan syarahnya yang membenarkan menawarkan diri untuk bertanding dan kemudiannya berkempan. Kalau tak dibenarnya tentu dah dimasukkan dalam Perlembagaan PAS ataupun ada pekeliling yang PAS keluarkan larangan tu
Macam yang Ust Halim Rahman kata seperti yang Malaysiakini laporkan tu, berkempen atau istilah yang lebih daring melobi dibenarkan dalam PAS sebab tak ada larangan dalam Perlembagaan PAS ataupun pekeliling yang PAS pernah keluarkan.
Cumanya, melobi atau berkempen tu mesti dalam ruang yang dibenarkan perlembagaan contohnya:
Fasal 82 (1) (a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasat PAS itu.
- Maknanya tak boleh melobi atau berkempen sampai melanggar hukum dan ajaran Islam.
Fasal 82 (1) (f) Mengamal akhlak Islam.
- Maknanya melobi dan berkempen tu mesti dibuat dalam sempadan akhlak Islam.
Jadinya takdak salah apa nak melobi atau berkempen. Lagi pun lobi atau kempen ni perlu terutamanya untuk memperkenalkan calon, pasai apa seseorang calon tu mesti dipilih, apa kelebihan dia dan apa misi dan visi yang dia nak bawa kalau dia dipilih.
Mungkin selama ni perwakilan yang akan mengundi ada persepsi yang salah kepada seseorang calon tu, kempen manager boleh atur gerakkerja untuk membetulkan persepsi tu.
Dan akhir sekali kepada semua yang berminat nak tengok Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS sessi depan, kita kena betul-betul kempen kalau boleh terus kepada perwakilan. Cumanya aku nak ingatkan, berhati-hati dalam berkempen, jangan sampai jagi backfire pulak.
(Sumber imej: facebook)
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis