KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.
Nasharudin berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.
“Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.
“Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding,” katanya yang menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.
Dipetik Harakah edisi terbaru, Ahli Parlimen Bachok ini menambah beliau mahu mempertahankan jawatan itu bagi meneruskan agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 - TMI.
Kalau betul Ust Nasha tetap bertanding jawatan Timbalan Presiden maknanya peluang untuk Mat Sabu untuk menang jawatan Timbalan Presiden semakin cerah.
Malaysiakini melaporkan:
Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.Betul atau tak maklumat tu tak dapat dipastikan. Pasainya macam yang Cikgu Pa sebut sebelum ni, semua borang pencalonan dari PAS kawasan-kawasan masih tersimpan kemas dan hanya akan dibuka bila tamat tempoh pencalonan pada 15 Mei nanti. Tapi kalau angka tu tak tepat pun aku rasa tak lari banyak dari angka sebenar.
Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.
Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan. - Mkini.
Ikut maklumat yang aku dapat dari member, perawi yang agak boleh dipercayai, negeri yang kurang bagi pencalonan untuk Mat Sabu cuma Terengganu dan Selangor.
Member tu jugak bagitau "geng Terengganu" bukan saja tak berkenan dengan Mat Sabu tapi dengan Ust Nasha pun depa tak berapa nak berkenan. Depa lebih suka Ust Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.
Cumanya setakat ni belum dengar lagi kenyataan dari Ust Tuan Ibrahim kata dia ubah keputusan dia sebelum ni yang kata tak berminat bertanding Jawatan Timbalan Presiden. Tapi member tu kata besar kemungkinan Ust Tuan Ibrahim akan ubah keputusan dia tu atas nasihat "geng Terengganu."
Betui ka dak maklumat member tu aku pun taktau tapi aku pun agak macam tu jugak.
Yang pastinya, kalau terjadi pertandingan 3 penjuru antara Mat Sabu, Ust Nasha dan Ust Tuan Ibrahim, peluang untuk Mat Sabu untuk menang akan bertambah cerah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis