Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.Sebelum ni, masa hangat isu kristian agama rasmi" dan tiba-tiba Ibrahim Ali nak istiharkan Perang Sabil aku menjangkakan mungkin akan berlaku Operasi Lalang ke 2.
Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.
"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang
dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. - Mkini.
Tak mustahil semua tu adalah sebahagian dari Grand Design yang mungkin direncanakan untuk tangkap beramai-ramai pimpinan Pakatan Rakyat sebelum menghadapi PRU13. Memang aku ternanti-nanti jugak kut-kut ada, tapi isu tu semakin sejuk dan takdak pun tanda-tanda Operasi Lalang 2 akan berlaku.
Mungkin jugak kesan dari tindakan Ibrahim Ali tu tak jadi seperti yang depa harapkan, tak berapa nak sesuai kalau Ibrahim Ali dikambinghitamkan sekarang. Mungkin jugak masanya belum sesuai untuk Ibrahim Ali ditangkap.
Itu semua cuma telahan aku, mungkin ada kebenarannya dan kemungkinan besar jugak langsung takdak Grand Design macam tu.
Apa pun, jawapan yang Nazri Aziz bagi pasai tak ambil tindakan ke atas Ibrahim Ali tu memang berul-betul BANGANG punya alasan. Ada ka patut boleh bagi alasan macam tu, tak sesuai langsung. Kalau takmau ambil tindakan kat Ibrahim Ali pun, cari la alasan yang munasabah sikit.
"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.Mana boleh sebab ramai yang buat salah jadi tak boleh ambil tindakan langsung pasai tak mampu nak buat.
Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara. - Ibid
Kalau nak kira macam tu, pasai apa pulak masa demo Bersih dulu yang berpuluh ribu malah ada yang kata beratus ribu turun berdemo tapi yang kena tangkap cuma berapa orang ja. Sama jugak dengan demo Protes yang akan naik mahkamah lagi esok, pasai apa cuma 45 orang saja yang didakwa.
Patutnya kalau ikut alasan Nazri tu, sorang pun tak boleh diambil tindakan. BANGANG punya menteri.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis