Bangang jugak Hishamuddin ni pun | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 24, 2011

Bangang jugak Hishamuddin ni pun

Kemarin Malaysaikini melaporkan:
Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Sebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam.

“Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Mkini.
Sehari sebelum tu Utusan melaporkan:
JOHOR BAHRU 22 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan. - Utusan.
Bangang jugak Hishamuddin ni pun, apa ke jadahnya kalau buat demonstrasi kat dalam stadium. Buat demo masak memasak boleh la. Tak pun buat demo jualan langsung pun sesuai jugak kut.

Kalau bagi buat demonstrasi tanpa permit kat dalam dewan pun, takdak sapa yang teringin nak buat. Taktau la pulak kut-kut Pemuda Umno bawah Khairy yang sebelum ni bawah Hishamuddin nak buat demonstrasi kat dalam stadium.

Macam Khalid Samad kata:
Tujuan utama sesebuah demonstrasi itu dianjurkan adalah untuk menarik perhatian masyarakat umum akan setiap perkara yang diutarakan, dan jika ia dibuat di dalam stadium maka suasana demonstrasi akan menjadi hambar yakni seperti menonton permainan bola sepak yang hanya boleh bersorak ketika pemain menjaringkan gol ke gawang pihak lawan. - TVS.
Memang betul macam Mat Sabu kata, demonstrasi kat Malaysia cuma akan jadi huru-hara pihak polis dan FRU kacau. Kalau takdak sapa kacau memang takdak kacau bilau, takdak huru hara.

Bila dah polis kacau, tambah-tambah lagi kalau PRU mula katok dengan corta ataupun tembak dengan gas pemedih mata memang la jadi huru-hara.

Koleski gambar kat bawah ni boleh jadi bukti macamana amannya demonstrasi kalau polis dan FRU tak kacau atau buat-buat tak nampak.




Koleksi gambar aku cilok dari blog Aduka Taruna


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...