Bukti Najib jauh lebih teruk dari Mahathir dan Paklah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 03, 2011

Bukti Najib jauh lebih teruk dari Mahathir dan Paklah

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Datuk Seri Najib Razak petang ini mengelak daripada diheret dalam debat berhubung bantahan MCA, yang mengenakan syarat ke atas pelawaan beliau kepada PAS agar menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri (gambar) mempelawa PAS menyertai BN tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam menutup pintu dengan mendakwa parti Islam itu mesti menggugurkan dasar negara Islamnya.

“Anda tahu, saya tidak mahu sertai polemik mengenai negara Islam sebab ada pelbagai tafsiran mengenai negara Islam,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. - TMI.  
Masa Dr. Mahathir mula-mula jadi PM dulu, dia perkenalkan konsep "Penerapan Nilai-nilai Islam." Walaupun lebih kepada sekadar selogan dan kosmetik tapi banyak jugak kebaikan dan kecantikan Islam tertonjol dalam kerajaan dan masyarakat.

Banyak jabatan-jabatan kerajaan buat program terutama sekali program dalaman yang bercorak keagamaan terutama sekali yang dipandu dan dijayakan oleh JAKIM. Tahap penghayatan Islam pun nampak meningkat masa tu.

Walaupun tak diiktiraf oleh banyak pihak terutama sekali oleh pembangkang, Dr. Mahathir beberapa ketika sebelum bersara secara terbuka mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Dan Dr. Mahathir dengan yakin buat pengistiharan tu di depan orang bukan Islam, dalam program MCA kalau tak silap aku.

Walaupun Malaysia sebenarnya lebih ke arah negara sekular tapi sekurang-kurangnya ada jugak kemahuan Dr. Mahathir untuk Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam dan banyak negara-negara majoriti umat Islam lain termasukdari timur tengah memang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Paklah pulak masa jadi PM mengetegahkan konsep "Islam Hadhari". Walaupun tak secara terang macam Dr. Mahathir istiharkan Malaysia sebagai negara Islam tapi pengisian melalui konsep "Islam Hadhari" versi Paklah tu sedikit sebanyak ada jugak menjurus kepada nak mengislamkan Malaysia.

Malang sekali, bila Najib Razak diangkat sebagai PM, istilah Negara Islam terus tenggelam. Negara Islam versi Mahathir langsung tak timbul dah. Macam tu jugak selogan Islam Hadhari langsung tenggelam.

Malah Najib mengetengahkan pulak konsep 1Malaysia yang langsung tak nampak ciri Islamnya. Bukan setakat ciri Islam tak nampak tapi ciri melayu yang antara ciri utamanya adalah beragama Islam pun tak nampak.

Aku nak ucapkan terima kasih la kepada presiden MCA, Chua Soi Lek. Sebab "kelancangan" mulut dia, sekarang ni kita boleh nampak tahap mana keinginan Najib kepada Negara Islam.

Jelas nampak yang  Najib rupa-rupanya langsung tak nampak ada niat nakkan kepada Negara Islam. Malah lebih teruk dari tu, mungkin Najib langsung takdak idea Negara Islam dalam kepala otak dia.

Bagi dia konsep Negara Islam tu lebih kepada polemik. Malah lebih buruk lagi, Malaysia sekarang ni mungkin tak lagi dikenal sebagai Negara Islam tapi mungkin lebih terkenal sebagai negara pengeluar video lucah berprofile tinggi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...