BANDAR PUTRA – Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.
“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong (mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini. - SH.
Awat la Husam bagi bola tanggung macam tu. Saja nak cari masalah ka?
Takkan Husam tak perasan yang puak-puak mazhab Umno ni bukan macam majoriti kita orang PAS. Berbohong bagi puak-puak ni dah jadi macam rutin hidup depa, bukan setakat tuhan depa bohong, diri depa sendiri pun hari-hari depa bohong. Aku yakin alat ujian poligraf pun senang-senang ja puak--puak ni boleh bohong.
Tambah pulak takat syarat yang Husam letak tu, apa depa nak kisah. Yang pentingnya 'pakar' yang kendalikan ujian poligraf tu boleh depa beli kalau pun bukan adik beradik satu mazhab dengan depa, atau nak lagi mudah balachi depa sendiri yang buat. Tentu dia lulus punya ujian tu. Macam ayat sorang kawan aku selalu guna "benda kita buat dia".
Dengar ceritanya, Eskay dah pun sambut cadangan Husam tu dan dia setuju dengan syarat yang Husam letak. Tapi dia bukan sambut buta, sambut dengan syarat jugak.
Betapa yakinnya dia, sambut cabaran Husam tu. Dia nak takut apa, gerenti lulus punya laaa... bukan takat lulus tapi lulus dengar cemerlang...'Saya meletakkan syarat untuk melakukan ujian poligraf tersebut. Pertama ujian poligraf tersebut hendaklah disertai oleh anwar ibrahim. Saya mencabar anwar ibrahim untuk turut serta melakukan ujian poligraf tersebut. Kedua, ujian ini hendaklah dilakukan/disiarkan secara langsung di media utama seperti TV3,RTM,ASTRO dan kesemua media antarabangsa. Biar rakyat seluruhnya menilai keputusan tersebut !'. - GAP
Masa PRU13 nanti mesti keluar punya banner besar dengan "tajaan" Mr. Y Jelly yang tertulis:
Dah la bersumpah laknat tak berani, buat ujian poligraf pun tak berani jugak?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis. Nasib baik bukan Mat Sabu yang buat cadangan tu...