Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.Akhirnya, jadi BERSIH jadi jugak menganjurkan demonsrtasi BERSIH kali kedua. Aku ingat Bersih 2.0 dah tak beminat nak buat demo selepas pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan mengumumkan yang Bersih 2.0 lebih berminat kepada 'pendidikan awam'.
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam - Mkini.
Walaupun pada awal bulan Februari lepas, Presiden PAS sendiri ada mencadangkan kepada Bersih 2.0 supaya diadakan demonstrasi kali ke 2 aku sebenarnya tak berapa nak yakin Bersih 2.0 akan setuju.
Tapi, alhamdulillah hasil desakan berbagai pihak dan jugak tindak tanduk Umno BN dan juga para "si anjung Umno" yang semakin teruk kebelakangan ni, akhirnya Bersih 2.0 dah pun setuju 'pacak tarikh' pada 9 Julai depan untuk adakan demonstrasi besar-besaran dengan tema "Berjalan Untuk Demokrasi."
Cumanya, mampukan demonstrasi kali ni jadi lebih hebat dan lebih besar dari demo kali pertama dulu.Kalau demo kali pertama dulu ada yang anggarkan penyertaan lebih 100,000 orang, demo kali ni kena jadi lebih hebat lagi.
Pasainya SPR bukan saja tak laksanakan tuntutan demo yang pertama malah ditambah lagi beberapa peraturan baru yang walaupun kata SPR sebagai penambahbaikan tapi sebenarnya menambahkan ketidaktelusan dan terdedah kepada penipuan dan penyelewengan terutama dari puak-puak "si anjing Umno."
Persoalannya, mampukan PAS gerakkan 100,000 ahli untuk sama-sama berdemo kali ni.
Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.Persoalan sebenarnya bukan mampu atau tak mampu PAS realisasikan angka tu tapi persoalannya sebenarnya adakah ahli PAS di peringkat akar umbi sanggup sahut tanggungjawab tu. Kalau setiap ahli PAS sanggup sahut cabaran tu, angka 100,000 tu senang-senang boleh dicapai, malah lebih dari tu pun boleh.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.
"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut. - Ibid,
Tapi kalau orang macam kita-kita ni pun sanggup lagi bagi alasan untuk tak turun sama, jangan harap la angka 100,000 tu boleh dicapai.
Jadinya, kepada semua ahli PAS, tarikh tu mesti dikosongkan hanya untuk demo. Kalau perlu mintak cuti, jangan lupa minta cuti awai-awal. Kalau perlu kerja lebih masa untuk himpun duit buat tambang ke program tu, kena buat kerja lebih masa.
Malah, kalau ada yang dah 'pacak tarikh' untuk menikah pada 9 Julai tu pun, masih ada masa untuk pinda tarikh menikah tu. Memang menikah tu penting tapi usaha untuk tumbangkan Umno BN jauh lebih penting. Kalau buat kenduri tarikh tu, bukan takat pengantin tak boleh pi tapi mungkin satu cawangan tak boleh pi pasai nak kena uruskan dan memeriahkan kenduri hangpa.
Apa pun, buat la apa saja yang perlu dibuat, supaya kita boleh sama-sama berhimpun seramai mungkin pada 6 Julai nanti dengan niat untuk menumbangkan Umno BN yang perasuah lagi zalim dalam PRU13 nanti.
TAKBIR!!!
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis