Harakahdaily melaporkan:
"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi. - HrkhWalaupun, BERSIH dirampas oleh Bersih 2.0 yang buat kenyataan tak mau guna saluran jalan raya tapi lebih kepada nak guna kaedah mendidik massa, nampaknya pemimpin PAS nampak kaedah tu langsung tak berkesan.
SPR bukan saja tak pedulikan langsung BERSIH 2.0 tapi nampak semakin teruk dengan beberapa cadangan yang semakin mengarut.
Ust Nashrudin Tantawi sebagai ketua DPP Pusat pun dah sambut cadangan presiden PAS tu. Mungkin dengan semangat Himpunan 30K yang amat-amat berjaya di Kota Sarang Semut minggu lepas, Ketua pemuda PAS ni siap bagi deadline.
Dengan semangat demonstrasi dari negara Islam di Timurtengah dan Utara Afrika, aku yakin Umno BN cukup bimbang dengan cadangan PAS nak buat demonstrasi kali ni. Dan jangan terkejut kalau himpunan kali ni benar-benar setengah juta rakyat akan turun berdemonstrasi.7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.
8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.
9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan. - Episod Sebuah Perjuangan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis