Apa jawapan Pemuda PAS kepada sasaran Pemuda Umno ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 09, 2011

Apa jawapan Pemuda PAS kepada sasaran Pemuda Umno ni?


Malaysiakini melaporkan:
Pergerakan Pemuda Umno mensasarkan untuk mendaftarkan lebih 400,000 anggota Umno termasuk 140,000 daripada Pemuda sebagai pengundi sebelum Jun ini.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Mohd Hisamudin Yahaya berkata ia perlu disegerakan kerana mengikut perangkaan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat lebih 3.9 juta rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi mencapai sasaran itu, Pemuda Umno akan menubuhkan kumpulan petugas khas dengan diketuai ketua pergerakannya Khairy Jamaluddin bagi mendaftarkan golongan muda di lebih 6,000 peti undi di seluruh negara dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita di Parit hari ini. - Mkini.

Aku harap kenyataan Pemuda Umno ni cuma sekadar angan-angan Mat Jenin saja. Pasainya kalau betui depa boleh capai sasaran tu, lagi malap la impian Pakatan Rakyat nak ke Putrajaya PRU13 nanti.

Bukan la maksud aku semua yang Pemuda Umno tolong daftarkan tu saheh akan undi BN tapi besar kemungkinannya macam tu.

Dengan kekuatan jentera yang Umno ada, ditambah pulak dengan peruntukan yang besar, Pemuda Umno tentu mampu bagi apa yang orang muda yang baru depa daftarkan tu nak jauh lebih baik dari kemampuan yang Pemuda PR boleh bagi kepada orang muda.

Bahkan, degan kekuatan 140,000 pengundi baru dan dengan 'bantuan' dari 'anjing Umno' yang ramai dalam JPN dan SPR, Pemuda Umno tentu boleh pastikan kemenangan PRU13 jadi milik depa.

Di pihak Pakatan Rakyat pulak apa Ketua Pemuda PAS dan Ketua Pemuda PKR dah buat? Ataupun mungkin lebih sesuai kalau aku tanya "Apa yang mampu depa buat?"

Kalau setakat boleh buat ceramah dan kerja-kerja kebajikan, jangan heran kalau orang muda tak undi Pakatan Rakyat. Pasainya macam yang aku tulis sebelum ni, 2 jenis program tu lebih menjurus kepada geng boomers. Gen-X dan Gen-Y kurang sangat disentuh dengan 2 jenis program tu.

Tapi aku sangat-sangat faham pasai aku sendiri dah berapa lama dalam jentera pemuda. Nak buat program yang sesuai untuk anak muda Gen-X dan Gen-Y ni nak kena modal besar. Kalau dalam akaun Pemuda Kawasan/Cabang duit cuma ada takat seribu dua ja, program apa sangat yang boleh dibuat? Nak buat program pun gayat.

Bagi kawasan/cabang yang ada wakil rakyat boleh la jugak kut hempuk atas kepala depa. Tu pun kalau depa nak bagi. Kalau depa pun kata takdak dana, Pemuda nak cari duit mana?

Aku sendiri pun la ni dah takdak idea apa program yang mampu Pemuda buat selain dari apa yang biasa Pemuda buat. Kalau sesiapa ada idea apa program yang boleh Pemuda buat untuk dekati golongan muda tanpa modal yang besar tolong la bagi.

Sumber gambar: SyababPaka

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...