Kalau la ada yang berani sambut pinangan Najib kali ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 30, 2011

Kalau la ada yang berani sambut pinangan Najib kali ni...


Aku tertanya-tanya jugak bila semalam keluar berita dalam Malaysiakini, Mat Sabu punya statement yang agak sikit pelik.

Mkini melaporkan: 
Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti. - Mkini
Heran aku, pasai apa pulak tiba-tiba Mat Sabu boleh keluarkan kenyataan sampai macam tu.

Kalau sebab "perbalahan" antara Cikgu Pa dengan Azmin Ali, pada aku Mat Sabu tak perlu buat komen sampai macam tu. Tak logik langsung sebab perbalahan 2 orang tu sampai PAS nak keluar Pakatan Rakyat.

Jadinya aku buat andaian, mesti ada benda yang kita belum tau tapi Mat Sabu dah dapat info lebih awal.

Mungkin la jugak Mat Sabu dapat info awai berkenaan hasrat Najib nak "meminang" PAS lagi sekali supaya sertai BN macam yang dilaporkan Berita Harian hari ni.

Memang sesuai sangat la kenyataan Mat Sabu semalam tu, walaupun konteks sikit berbeza tapi masih hasrat yang sama, "parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau..."

Apa pun, aku yakin "pinangan" Umno tu akan ditolak mentah-mentah oleh pemimpin PAS. Dalam keadaan sekarang ni aku tak rasa ada pemimpin PAS yang berani sambut pelawan Najib tu, memang cari penyakit la kalau ada yang berani. Memang kecoh la muktamar Agung Jun nanti.

Walaupun macam tu, tak mustahil jugak kalau ada pemimpin PAS yang berfikir ke arah tu, kalaupun tak berusaha ke arah tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...