Tara mana yang kata kempen berlebih-lebihan tu Cikgu Pa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 22, 2011

Tara mana yang kata kempen berlebih-lebihan tu Cikgu Pa?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan tidak berlaku kempen berlebihan dalam parti itu sehingga menyebabkan perpecahan.
"Calon sendiri tak berkempen. Tapi kalau pengikut-pengikiut yang berkempen, itu saya tak boleh nak halanglah.

"Dalam PAS budaya kita, masing-masing dah tahu etika kempen dan kempen macam pilihan raya tak berlaku dalam PAS," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini..

PAS, tambahnya tidak terikut-ikut dengan parti lain yang menangguhkan muktamar kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang dijangkakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Saya agak parti lain menangguhkan mesyuarat agung mereka kerana takut pertandingan dalam parti akan menyebabkan perpecahan sebab kempen yang terlalu hebat.

"Tapi PAS ada budaya sendiri. Walaupun ada pertandingan tapi tak akan merosakkan perpaduan dalam parti .

"Jadi tak ada masalah nak teruskan (muktamar) melainkan pilhan raya diadakan pada Jun," katanya. - Hrkh.
M ula-mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada pimpinan PAS dan ahli seluruhnya pasai berani, tak pengecut macam parti-parti lain. Berani untuk tetap buat proses pemilihan dalam parti walaupun PRU13 dah tak lama lagi.

Jugak tahniah pasai PAS yakin pemilihan parti takkan menyebabkan perpecahan dalam parti. Memang betui pun, pasainya semua yang bersungguh-sungguh nak pemimpin pilihan dia naik pasai nak tengok PAS jadi lebih elok. Nak jadi perpecahan lagu mana kalau semua memang nak PAS jadi lebih elok.

Kalau ada kecoh sana sini itu biasa la. Bukan semua orang sempurna. Ahli PAS pun manusia jugak, malah yang teruk pun ramai dalam PAS. Cumanya yang elok lebih ramai lagi berkali-kali menatasi bilangan yang teruk tu. Tak patut sangat yang ramai kalah dengan yang sikit kut.

Apapun, aku mushkil sikit, macamana yang dikatakan "kempen berlebihan dalam parti itu" tu?

Setakat hari ni aku tak pernah jumpa lagi garis panduan berkenaan kempen dalam PAS. Aku rasa PAS patut keluarkan satu garis panduan yang standard, bukan saja sebagai panduan kepada ahli parti tapi boleh juga jadi panduan untuk parti-parti lain, kut-kut depa teringin nak ikut.

Lagi pun, statement "Dalam PAS budaya kita, masing-masing dah tahu etika kempen dan kempen macam pilihan raya tak berlaku dalam PAS," tu aku rasa tak berapa nak tepat.

Untuk ahli-ahli yang dah veteran mungkin la kut. Tapi untuk ahli baru macam aku yang baru tak sampai 15 tahun jadi ahli, tak berapa nak jelas lagi pasai budaya tu, tambah-tambah lagi la untuk ahli yang baru lepas isi borang, tentu punya taktau.

Cumanya, aku biasa dengar pasai pemilihan pemimpin ni frasa macam yang kat bawah ni:
  • "Sapa-sapa yang mintak jawatan mesti ditolak." 
  • "Orang yang melobi dan membiarkan dirinya dilobi jugak mesti ditolak."
Macam tu ka yang dikatakan "budaya kita" aku taktau. Mintak sapa-sapa yang berautoriti tolong la bagi pencerahan.

Lagi satu nak tanya, kempen kelab penyokong Mat Sabu tu kira kempen berlebih-lebihan ka dak?

BTW, sebagai ahli PAS, aku sokong Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Sapa setuju angkat jatuh tangan. (Sebagai peringatan, undi kita tak dikira, cuma undi perwakilan muktamar agung ja yang akan dikira.)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...