Peringatan kepada penyokong Mat Sabu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 23, 2011

Peringatan kepada penyokong Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

"Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.

"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.

Elak perang melalui media, blog

Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan.

"Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

"Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah.

"Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi. - Hrkh.
Ust Tuan Ibrahim gariskan cuma satu larangan saja iaitu:
Tak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.
Jadinya, aku sebagai penyokong Mat Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS nak mengingatkan sapa-sapa pun yang nak kempen untuk Mat Sabu, jangan dok gatai-gatai nak memperlekeh dan memburukkan orang lain.

Kalau pun memang hangpa yakin sangat-sangat orang lain tu memang teruk. Tak payah la sebuk-sebuk nak canang rata keliling. Kalau betul-betul teruk tentu lain pun dah nampak punya. Kalau tak boleh tahan jugak, nak jugak bagitau kat orang lain, jangan sekali-kali libatkan nama Mat Sabu.

Kalau ada yang mengaku penyokong Mat Sabu tapi mulut macam bertih jagung dok perburuk orang lain, jelas menunjukkan dia bukan penyokong Mat Sabu, tapi sebenarnya cuba nak sabotaj Mat Sabu, walaupun dia dah jadi ahli Kelab Penyokong Mat Sabu. TITIK.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...