Pasai tu la kes video lucah yang terbaru ni pun, aku meluat nak ulas. Malas aku nak layan politik BANGANG Umno BN mainan ni.
Cumanya kali ni aku nak ulas sikit. Tu pun bukan pasai kes tu, tapi cara puak-puak penganut tegar mazhab Umno BN buat kerja.
Malaysiakini melaporkan:
Siasatan video seks yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kanan memerlukan lebih masa.Aku tak faham sungguh, apa masalahnya sampai dah 2 kali pejabat Peguam Negara tolak kertas siasatan yang polis buat. Pada aku tindakan pejabat Peguam Negara ni seolah-olah menghina polis. Seolah-olah polis tak reti buat kerja.
Ini kerana Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis semalam.
Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kanan), mengesahkan perkara berkenaan kepada Malaysiakini hari ini.
Kertas siasatan dikemukakan semalam tetapi dikembalikan pada hari yang sama.
"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.
"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Tun Majid.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam berkata polis akan menyerahkan semula kertas siasatan berhubung video seks ayng didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu secepat mungkin selepas ia dikembalikan ke polis minggu lalu. - Mkini.
Memang sebelum-sebelum ni ada kes mahkamah yang hakim terpaksa buang kes pasai polis buat kerja siasatan tak sempurna. Tapi takkan kes yang besar macam ni polis nak buat siasatan cincai, halai-balai.
Lagipun, KPN sendiri yang paantau kes ni. Dia sendiri yang kata akan serahkan balik kertas siasatan yang dikembalikan tu secepat mungkin. Kalaupun mungkin KPN tak teliti sendiri kertas siasatan tu tentu punya dia pastikan pegawai yang terlibat sediakan kertas siasatan tu buat dengan lebih teliti.
Bila pejabat Peguan Negara reject lagi kertas siasatan tu secara tak langsung pejabat Peguam Negara reject hasil kerja KPN. Pada aku, tindakan pejabat Peguam Negara ni sebenarnya menghina Ketua Polis Negara dan institusi polis.
Takkan Pejabat Peguam Negara nak bagitau kata polis tak reti buat kerja kut? Takkan lekeh sangat KPN sampai macam tu sekali.
Ataupun, mungkinkah dalam kes video lucah ni, polis dah tak ikut 'skrip' yang dah disediakan untuk polis?
Yang sahehnya, KPN dilaporkan dimasukkan ke hospital pagi tadi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis